Menteri Besar Kedah Dato' Seri Mukhriz Mahathir berkata, keamanan dan kemakmuran yang dikecapi negara ketika ini adalah hasil darah, keringat dan air mata para pejuang keselamatan.
"Begitu juga kepada pemimpin terdahulu yang hasil dan wawasan serta kebijaksanaan mereka telah membangunkan Kedah dan Malaysia seperti yang kita warisi hari ini," katanya dalam ucapan khas sempena Aidilfitri ini.
Dato' Seri Mukhriz berkata, melalui keamanan dan kemakmuran yang dikecapi, kerajaan negeri berupaya merancang dan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkasakan rakyat dalam semua aspek termasuk pendidikan, ekonomi dan sosial.
Menurutnya kerajaan telah mengukuhkan asas bagi mencipta kekayaan baru, merangsang pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan pekerjaan berganjaran tinggi selaras dengan kemahiran yang semakin meningkat.
Justeru katanya, kerajaan negeri berhasrat mewujudkan sebuah negeri yang makmur di mana setiap individu bekerja keras serta meningkatkan kemahiran secara istiqamah.
"Yang mahu diubah adalah landskap sosial dan ekonomi negeri ini sehingga Kedah berada di puncak gemilang," katanya.
0 comments:
Post a Comment