Latest News

Wednesday 8 July 2015

Kedah Rampas Puncak Liga Premier 2015


Pasukan Kedah merampas kedudukan selaku pendahulu Liga Perdana daripada T-Team, selepas mengalahkan pasukan tuan rumah itu 2-0 pada pertembungan dua pasukan teratas di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini.

Kemenangan tersebut menyaksikan Kedah memintas T-Team di tangga teratas Liga Perdana dengan kutipan 34 mata selepas 15 perlawanan, berkelebihan satu mata ke atas T-Team yang turun ke tempat kedua.

Pada aksi malam semalam, Kedah berjaya memecah kebuntuan pada separuh masa kedua menerusi jaringan pemain import dari Brazil, Sandro De Silva pada minit ke-47, sebelum Muhammad Farhan Roslan mengesahkan kemenangan mutlak skuad Helang Merah pada minit ke-60.

Dibawah senarai kedudukan carta Liga Perdana.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah Rampas Puncak Liga Premier 2015 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top