Latest News

Wednesday, 8 July 2015

Sejarah Kedah Yang Patut Kita Tahu!


Kedah Darul Aman,sebuah negeri di utara Malaysia yang tidaklah terlalu kecil namun tidaklah terlalu besar sepertimana negeri Perak dan Pahang.Kebanyakan orang luar,terutamanya para pelancong hanya melihat keistimewaan Kedah ini pada keindahan Pulau Langkawi,Pantai Merdeka dan Menara Alor Setar sahaja.Mereka hanya mengenali Kedah sebagai Negeri Jelapang Padi Malaysia sahaja.

Ramai anak Kedah sendiri yang tidak mengetahui bahawa Kedah sebenarnya menyimpan 1001 kisah sejarah yang sangat hebat.Atau dalam bahasa mudahnya,sejarah Kedah memang ohsem.

1) Tamadun Terawal di Asia Tenggara ditemui di Kedah

Prestij negeri Kedah dalam sejarah Asia Tenggara sememangnya tidak boleh dinafikan lagi apabila sebuah penemuan arkeologi sebuah tapak peninggalan sejarah ditemui di Kedah yang walaupun cuma bersaiz kecil,namun penemuan peninggalan sejarah tersebut sememangnya akan mengubah silibus pengajian sejarah mengenai Asia Tenggara di seluruh dunia.

Di Sungai Batu yang terletak dalam kawasan tapak arkeologi Lembah Bujang,pakar arkeologi tempatan telah berjaya menemui sisa-sisa sebuah tamadun purba yang pernah berkembang di sana sebelum kelahiran Nabi Isa a.s lagi. Daripada penemuan tersebut membuktikan bahawa nenek moyang orang Melayu pada zaman dahulu sudah lama hidup berorganisasi dan bertamadun sebelum kedatangan pengaruh luar lagi.

Penemuan tinggalan tapak peleburan besi,jeti purba,sebuah monumen keagamaan purba dan sisa-sisa besi dan logam purba ditemui oleh pakar arkeologi Univeristi Sains Malaysia (USM) pada tahun 2009 di sekitar kawasan Sungai Batu,membuktikan bahawa kawasan tersebut pernah menjadi sebuah tamadun purba yang hebat.Penemuan ini diperkukuhkan lagi dengan penemuan relau besi purba di Kampung Gajah,Jeniang.

1.) http://goo.gl/nYVykU
2.) http://goo.gl/DZy2Y3
3.) http://goo.gl/vQw9Kq
4. http://goo.gl/LoJWaO

Penemuan ini membuktikan bahawa nenek moyang Melayu yang pernah mendiami kawasan tersebut mempunyai kepakaran dalam pembuatan dan peleburan besi.Kemahiran peleburan besi bukan calang-calang kemahiran biasa pada zaman dahulu kerana besi memerlukan suhu setinggi 1600 darjah Celsius untuk meleburkannya dan mesti stabil tahap kepanasannya.

Dan untuk pengetahuan anda lagi,usia tapak peleburan besi dan jeti purba yang ditemui di Sungai Batu tersebut adalah lebih kurang bertarikh sekitar tahun 60 Masihi.

Apa yang boleh kita buat kesimpulan di sini ialah sememangnya bangsa Melayu pada masa tersebut mempunyai taraf teknologi yang sangat tinggi sejak zaman dahulu lagi.Tambahan pula,hasil ujian pentarikhan karbon yang dijalankan oleh pihak USM terhadap sampel dari bahagian lantai monumen keagaman purba di Sungai Batu tersebut mendapati usia monumen tersebut adalah berusia lebih 1,900 tahun atau lebih jelas lagi,monumen tersebut bertarikh sekitar tahun 110 Masihi!!

Dengan penemuan tersebut membuktikan bahawa Sungai Batu,Kedah adalah pusat tamadun tertua di Asia Tenggara sekurang-kurangnya telah berkembang kuat pada tahun 478 Sebelum Masihi.Penemuan monumen keagamaan purba yang ditemui adalah lebih tua dari Candi Borobudur dan Angkor Wat lagi.Penemuan tapak loji pemprosesan besi purba dan jeti purba di sana membuktikan yang pernah wujud satu tamadun purba yang maju dan hebat di Kedah satu ketika dahulu,di mana penduduknya mempunyai kemahiran tinggi dalam teknologi melebur besi dan berdagang sejak dari dahulu kala lagi.

Bersambung lagi nanti cerita sejarah Kedah
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Jangan jangan kawasan ini adalah Atlantis yang hilang.. kalau ada kalangan di Indonesia pun pernah mengaku yang Atlantis terletak di pentas Sunda.. maka tidak hairanlah jika Lembah Bujang /Kedah adalah sebahagian darinya.. cuma di manakah pusat pemerintahan pada waktu itu.. mungkin tidak dapatlah dipastikan.. wah memang ohsem..

    ReplyDelete

Item Reviewed: Sejarah Kedah Yang Patut Kita Tahu! Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top