Latest News

Thursday 9 July 2015

Kedah Beri Sumbangan Kepada Mangsa Banjir di Manik Urai


Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.Tunku Temenggong Kedah, dan Menteri Besar Kedah, YAB Dato' seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir semalam telah mengunjung keluarga yang menerima rumah sementara hasil sumbangan dari Kerajaan Kedah di kampung Karangan, Manik Urai Kelantan dan juga memberi sumbangan sempena dari raya kepada mereka. 

Kerajaan Kedah telah menyiapkan semua 55 buah rumah sementara di kampung itu sejak dua bulan lalu seperti yang dijanjikan. Tunku sallehuddin dan Dato' Seri Mukhriz sempat meninjau rumah salah seorang mangsa yang telah siap dibina, Keluarga ini menetap disalah satu diantara, 55 buah rumah sementara yang dibina di Kampung Karangan kepada mangsa bencana banjir besar Kelantan.

Raya tahun ini lebih bermakna dengan siapnya rumah untuk semua mangsa di Kampung Karangan. 


Semoga sumbangan dari Kerajaan Kedah kepada warga Kampung Karangan ini lebih bermakna untuk menyambut kedatangan syawal nanti. 
.





  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah Beri Sumbangan Kepada Mangsa Banjir di Manik Urai Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top