Latest News

Friday, 31 July 2015

Lagi Sejarah Kedah Tua Menarik Untuk dibaca


Amat menarik apabila Prof Mokhtar Saidin mengemukakan penemuan nama ‘Kadah’ dalam rekod India purba bermakna ‘gudang besi’.Suka saya ingatkan kepada semua bahawa industri besi yang pertama sekali muncul di Asia Tenggara adalah pada penemuan arkeologi di tapak Sungai Batu, Kedah yang wujud seawal 487 BCE. Dari sini kita dapat menjangka bahawa tapak-tapak Zaman Besi AT (500BCE – 500 AD) yang lain sudah pasti berkait kewujudannya dengan Kedah secara langsung atau tidak langsung.

Contoh yang saya nak sebut malam ni adalah tapak Zaman Besi ‘The Field of Jars’ di Ponsavan, Laos. Tapak ini terbahagi kepada beberapa kelompok dan bertarikh sekitar 500BCE hingga 200AD.

Di sana wujud beratus-ratus tempayan gergasi megalitik(struktur batu besar) seperti yang turut tersebar di seluruh kepulauan Asia Tenggara dan merupakan ciri kebudayaan dan kemahiran ras Autronesia. Salah seorang pengkaji struktur di dataran tidak berpohon ini berpendapat bahawa tempayan gergasi ini berkemungkinan digunakan sebagai relau industri besi atau bekas menyimpan besi.

Pertama kita dapati dataran ini merupakan kawasan yang padat dengan galian mineral termasuklah besi, namun kedua kita akan dapati pengkaji-pengkaji lain menafikan kaitan antara tempayan dengan aktiviti pemprosesan besi kerana tiada jumpaan walau secebis bahan metalurgi tersebut di kawasan itu apatah lagi pada tempayan.


Namun, penyokong teori ini berhujah bahawa struktur megalitik tempayan tersebut mungkin adalah relau yang bahagian dalamnya dilapisi struktur mudahhapus seperti tanah liat, mirip dengan material relau yang kita boleh jumpa di tapak Sungai Batu. Lapisan yang di dalam menghalang sebarang tinggalan logam daripada meninggalkan sisa lekatan.

Maka hubungan antara tamadun Sungai Batu/ Kedah Tua ini perlu diberikan perhatian yang besar adalah kerana ia dapat membuktikan kesahihan migrasi komuniti Kedah Tua ke Tanah Besar Benua Siam (Indochina) memang seperti yang dinukilkan di dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Ramai yang cuba mengaitkan bahawa lokasi yang disebut “ke Utara Barat Laut.. lanjut tanahnya ka hulu” itu mungkin menunjuk kepada daerah sekitar Laos yang pernah muncul sebuah kerajaan yang bernama Lan Xang di situ dan pelbagai lagi aspek kebudayaan dan sosiopolitik di situ yang berbau Melayu Semenanjung.

Meskipun kerajaan Lan Xang dikira amat muda dan muncul lewat untuk dikaitkan dengan Kedah Tua namun kita mempunyai pelbagai informasi yang menjelaskan bahawa kerajaan tersebut telah dibina di atas sebuah kerajaan yang lebih purba tatkala Indochina didominasi kuasa Champa, Funan dan Srivijaya sebelum berpindah tangan kepada etnik Tai-Kadai atau Autroasiatik seperti Viet dan Khmer.

Bagaimana disebut Raja Ong Mahapudisat mengirim anaknya untuk dirajakan di Benua Siam Lanchang itu yang pertama, dan yang kedua disebut bahawa komuniti yang berkhidmat dalam istana Kedah Tua dan yang mengiringi rombongan diraja ke Benua Siam itu adalah kaum gergasi yang sama membikin tempayan gergasi di negeri Kalinggi di hilir Burma moden.


Ketiga, disebut bahawa kaum gergasi itu ‘Melayu juga’ atau berkait rapat antara satu sama lain sebagai satu ras Austronesia. Keempat, Tempayan tersebut dieksport ke Kedah Tua sebagai hadiah kepada Raja Merong Mahawangsa dan disebut disandarkan pada sebatang kayu kulim gergasi buat tatapan anak cucu akhir zaman. Maka apakah fungsi tempayan megalitik Laos itu benar-benar mewakili kebudayaan Kedah Tua atau masih ada kebudayaan orang tengah yang masih perlu dikaji?


Semoga Allah mencurahkan ilmu dan lhamNya kepada kita semua, Dialah yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.

-Muhammad Nabil-
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Lagi Sejarah Kedah Tua Menarik Untuk dibaca Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top