Ribut dan angin kencang yang melanda Alor Setar dan kawasan sekitar petang kemarin mendapat perhatian dari Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir yang hadir melawat rumah-rumah yang rosak akibat ribut ini.
Tengah hari semalam, Dato' Seri Haji Mukhriz meluangkan masa melawat dan meninjau kerosakan beberapa rumah di Kampung Ujung, Teluk Kechai Jalan Kuala Kedah. Beliau tiba jam 11.50 tengah hari dan terus melihat kerosakan rumah, bertanyakan khabar mangsa dan memberi sendikit sumbangan kepada mereka.
Menurut Dato' Seri Mukhriz, penilaian kerosakan setiap rumah akan dibuat sebelum bantuan membaiki kerosakan diberikan. "Tidak ada lagi laporan kecederaan di terima, keseluruhan di Kota Setar ada 71 buah rumah yang terlibat dalam bencana ini" katanya.
Kerosakan rumah kebanyakkan melibatkan bumbung rumah dan akan dibantu secepat mungkin. Peruntukan akan diberikan oleh pelbagai pihak terutama Kerajaan Negeri dan Jabatan kebajikan Masyarakat.
Turut hadir ke lokasi bencana ini adalh Exco Kerajaan Negeri , YB Dato Suraya yaacob dan YB Datuk Mohd Tajudin Abdullah serta pemimpin kawasan itu.
Beliau berharap semua rakyat berjaga-jaga dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan menjaga ahli keluarga terutama anak-anak kecil.
0 comments:
Post a Comment