Latest News

Thursday 2 July 2015

Kedah Akur Keputusan Tangguh Pemilihan


Umno Negeri Kedah akur dengan keputusan Majlis Tertinggi Umno untuk menangguhkan pemilihan Umno selama 18 bulan yang diputuskan baru-baru ini dalam mesyuarat Majlis Tertinggi. 

Menurut Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kedah, Dato' Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, setelah perbincangan panjang lebar dalam mesyuarat Majlis Tertinggi, Kedah akur dengan semua keputusan dan akan memberitahu kepada semua bahagian Umno di Negeri Kedah. 

Baru-baru ini, Presiden Umno telah menangguhkan pemilihan Umno selama 18 bulan bagi mengukuhkan kedudukan Umno dan memberi lebih peluang berkhidmat kepada rakyat, Umno menangguhkan pemilihan parti itu selama 18 bulan.

Menurut Dato' Seri Najib , "‎Pemilihan parti tahun hadapan akan ditangguhkan selama 18 bulan. Setelah kita dibincangkan, MT (majlis tertinggi) mengambil keputusan itu mengikut Fasal 10.16 Perlembagaan parti yang memberi hak kepada majlis tertinggi.

"‎Amat penting bagi kita untuk utamakan rakyat, keperluan rakyat, dasar dan akar umbi serta pengukuhan parti supaya Umno lebih mantap bagi menghadapi PRU (pilihan raya umum) akan datang," katanya
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah Akur Keputusan Tangguh Pemilihan Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top