Latest News

Friday, 14 August 2015

Kedah Negeri Pertama Jelajah Kembara Digital Malaysia



Negeri Kedah telah dipilih oleh Multimedia Development Corporation (MDeC) sebagai negeri pertama penganjuran Program Kembara Digital Malaysia sebagai . Kerajaan Negeri Kedah amat mengalu-alukan program seumpama ini kerana ia mampu menyemarakkan transformasi digital di dalam kehidupan rakyat.

Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir semasa berucap di majlis perasmian ini berkata Penubuhan KDTC telah dicadangkan semasa Makmal Transformasi Kedah pada tahun 2013 yang lalu. Hasrat utama adalah supaya adanya sebuah Pusat Kecemerlangan yang menjadi rujukan di dalam pembangunan ICT di Negeri Kedah di mana ICT akan menjadi “enabler” kepada semua bidang ekonomi utama.

"Alhamdulillah hasrat tersebut telah dijayakan oleh Yang Berhormat Dato’ Norsabrina Mohd Noor, Exco Kerajaan Negeri Kedah bersama dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri dan juga Kulim Technology Park Corporation selaku peneraju utama. Ia juga turut dijayakan oleh semua agensi kerajaan dan swasta yang berkaitan." jelasnya.

Menurutnya lagi, Kerajaan Negeri amat yakin dengan kepakaran dan pengalaman KTPC di dalam bidang teknologi dan pengurusan terutamanya berkaitan projek DIGITAL akan dapat memacu dan memperkasakan KDTC di dalam pembangunan komuniti untuk mengusai dunia teknologi maklumat dan digital.

"Peranan KDTC juga adalah selari dengan Akujanji Kerajaan Negeri iaitu memperluaskan peluang meningkatkan kemahiran melalui latihan di kalangan belia. Sehubungan itu, saya amat berharap agar rakyat Negeri Kedah khususnya golongan belia dapat memanfaatkan peluang ini dengan menyertai kursus dan latihan yang disediakan oleh KDTC' sambung beliau lagi .

"Saya juga berharap KDTC mampu menerajui inovasi digital melalui penghasilan produk / content yang mencerminkan identiti Negeri Kedah terutamanya dalam bidang industri kreatif. Ini dapat dijayakan melalui kerjasama dengan semua Institusi pengajian Tinggi yang ada di Negeri Kedah".

Kita tahu bahawa penggunaan teknologi menawarkan pelbagai peluang dan kemahiran untuk seseorang individu itu menjadi lebih berdaya saing. Saya mohon kerjasama dan sokongan ini akan berterusan kepada KDTC demi menjayakan agenda digital Negeri Kedah Darul Aman.

Seterusnya, saya berpendapat bahawa matlamat utama KDTC iaitu Mentransformasi Komuniti Melalui Inovasi Digital amatlah bertepatan dengan peranan KDTC itu sendiri iaitu sebagai Pusat Digital Negeri Kedah, Pusat Kreativiti dan Inovasi Negeri Kedah serta Pusat Latihan Digital e-Rezeki.

Majlis ini turut dihadiri Dato’ Norsabrina Binti Mohd Noor, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi JawatankuasaTeknologi Maklumat, Komunikasi, Sains dan Inovasi, Teknologi Tinggi dan Sumber Manusia, Dato’ Harun Bin Jasin, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah, Dato’ Haji Noh Bin Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar, Dato’ Anuar Bin Safar, Presiden Kulim Technology Park Corporation,Encik Razaleigh Zainal, Naib Presiden Bahagian Pengurusan Korporat, Multimedia Development Corporation (MDeC)
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah Negeri Pertama Jelajah Kembara Digital Malaysia Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top