Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir malam tadi merasmikan Kejohanan Majlis Kebajikan dan Sukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (MAKSPEN) Ke-13 yang berlangsung lima hari bermula Selasa di Universiti Utara Malaysia, Sintok.
Sebanyak 94 pingat dipertandingkan dan antara yang menyertai kejohanan tersebut adalah Lembaga Kemajuan Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), Lembaga Kemajuan Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (Salcra), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Kemajuan Masyarakat dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
“Sesungguhnya MAKSPEN ini bukan sahaja menjadi platform untuk bersukan bagi melahirkan warga yang sihat, cergas dan produktif, malah dapat memupuk semangat kerjasama dan semangat berpasukan yang tinggi dalam sesebuah organisasi,” katanya.
Temasya sukan ini bertepatan dengan usaha kerajaan negeri yang dalam persiapan bagi menyambut Tahun Melawat Kedah, Discover Kedah pada tahun hadapan.Sukan MAKSPEN ini merupakan Sukan Kedua yang terbesar dianjurkan di Kedah selepas Sukan Malaysia (SUKMA).
Yang hadir sama Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW), Datuk Alexander Nata Linggi dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Ibrahim Muhamad.
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) diberi tanggungjawab menjadi tuan rumah kejohanan sukan dwi tahunan tersebut.
Lebih daripada 2,000 atlet bertanding dalam 19 acara pada kejohanan tersebut.
Dalam Ucapan perasmian itu, Dato Seri Mukhriz berharap semua atlet akan berasa selesa dan tenteram sepanjang berada di negeri ini di sepanjang kejohanan tersebut berlangsung dan berharap agar semua peserta yang bertanding dalam kejohanan tersebut dapat berjuang dalam semangat kesukanan dan disiplin yang tinggi.
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) diberi tanggungjawab menjadi tuan rumah kejohanan sukan dwi tahunan tersebut.
Lebih daripada 2,000 atlet bertanding dalam 19 acara pada kejohanan tersebut.
Dalam Ucapan perasmian itu, Dato Seri Mukhriz berharap semua atlet akan berasa selesa dan tenteram sepanjang berada di negeri ini di sepanjang kejohanan tersebut berlangsung dan berharap agar semua peserta yang bertanding dalam kejohanan tersebut dapat berjuang dalam semangat kesukanan dan disiplin yang tinggi.
“Sesungguhnya MAKSPEN ini bukan sahaja menjadi platform untuk bersukan bagi melahirkan warga yang sihat, cergas dan produktif, malah dapat memupuk semangat kerjasama dan semangat berpasukan yang tinggi dalam sesebuah organisasi,” katanya.
Temasya sukan ini bertepatan dengan usaha kerajaan negeri yang dalam persiapan bagi menyambut Tahun Melawat Kedah, Discover Kedah pada tahun hadapan.Sukan MAKSPEN ini merupakan Sukan Kedua yang terbesar dianjurkan di Kedah selepas Sukan Malaysia (SUKMA).
0 comments:
Post a Comment