Latest News

Friday 2 October 2015

Misi 3 Mata Helang Merah Malam Ini


Pusingan Kedua TM Piala Malaysia malam nanti antara Helang Merah Dan Lions XII di Stadium Darul Aman tentunya menarik. Helang Merah yang tewas kepada JDT II baru-baru ini tentunya akan bangun memungut tiga mata penuh untuk memintas Lions XII yang berada di tangga pertama kumpulan A. 

Lions kini mengutip 7 mata berbanding Kedah yang mengutip 4 mata dan berkongsi mata dengan JDT II. Pusingan pertama Kedah mencatat satu kemenangan, satu seri dan satu tewas. 

Pusingan kedua bermula malam ini adalah medan mengutip mata penuh bagi melangkah ke suku akhir TM Piala Malaysia. 




INFO TIKET 

JADUAL PENJUALAN TIKET TM PIALA MALAYSIA 2015
Stadium Darul Aman

KEDAH v LIONS XII
2.10.2015 Jumaat 8.45 malam
Stadium Darul Aman

LIVE di TV1

HARGA TIKET:
RM22.00 Astaka Utama
RM16.00 Berbumbung
RM10.00 Terbuka

*Kanak-Kanak bawah 7 tahun tidak dikenakan tiket.
*Harga tiket termasuk caj 6% GST yang dikenakan oleh pihak pengeluar tiket.

WAKTU JUALAN:
Khamis: 3:00 - 6:00 ptg
Jumaat: 9:00 pagi - 9:30 malam

KAUNTER TIKET:
Khamis:
-PETANG- 3:00 petang - 6:00 petang
Kaunter Astaka A3 (tiket untuk RM22.00)
Kaunter D -Depan KFC- (tiket untuk RM16.00 dan RM10.00)

Jumaat:
-PAGI- 9:00 pagi - 12:00 tengahari
Kaunter Astaka A3 (tiket untuk RM22.00)
Kaunter B, D (tiket untuk RM16.00 dan RM10.00)

-PETANG- 3:30 petang - 9:30 malam
Kaunter Astaka A3 (tiket untuk RM22.00)
Kaunter B, D, F (tiket untuk RM16.00 dan RM10.00)

LALUAN PINTU MASUK STADIUM:
Astaka utama (W1 & W2)
Berbumbung (B1 & B4)
Terbuka / Teres (T1, T3, T4 & T6)

==================================================

Jualan tiket online di www.tiketbola.com.myuntuk perlawanan:

KEDAH vs LIONS XII pada 2 OKTOBER 2015
8:45PM | Stadium Darul Aman

Jualan online: Dibuka sehingga 11:59 malam Khamis
Tarikh penebusan pada hari perlawanan
Jam 3.30 petang - 9.00 malam

==================================================

Lokasi penebusan tiket:
Kaunter A3 (kaunter khas), Stadium Darul Aman
1. Maksima 5 tiket untuk seorang pembeli.
2. Sila bawa resit pembelian bersama dengan kad pengenalan untuk menebus tiket di kaunter khas.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Misi 3 Mata Helang Merah Malam Ini Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top