Latest News

Wednesday 25 November 2015

Kedah ikat PKNS FC Di Darul Aman #TMPialaMalaysia


Juara Liga Perdana 2015, Lang Merah Kedah terikat 1-1 berdepan PKNS FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi. 

Kedah yang bermula garang dengan beberapa serangan berbahaya namun berjaya dikawal baik oleh pertahanan PKNS FC.

Babak pertama tiada jaringan dapat dihasilkan oleh kedua-dua pihak.


Separuh masa kedua, Kedah terus mengawal permainan dan berjaya menjaringan gol pendahuluan melalui  jaringan Mohd Syazwan Zainon pada minit ke-75, sebelum Pedro Henrique menyamakan kedudukan sembilan minit kemudian.

Mohd Syazwan dinobatkan pemain terbaik perlawanan itu.


Selepas aksi perlawanan semalam , Pasukan Lang Merah Kedah sempat mengucapkan selamat hari lahir buat Presiden Bolasepak Kedah YAB Dato Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir. 


28 November nanti Kedah akan bertandang ke Stadium Perbandaran Selayang Selangor dalam aksi kedua suku akhir TM Piala Malaysia. 

Kedah perlu menang untuk layak ke separuh akhir TM Piala Malaysia. 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah ikat PKNS FC Di Darul Aman #TMPialaMalaysia Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top