Latest News

Wednesday 25 November 2015

4 Acara Utama Tahun Jelajah Kedah 2016


Sempena Tahun Melawat Kedah 2016 yang bakal berlangsung bermula 01 Januari 2016 nanti, Kerajaan Negeri Kedah akan menganjurkan empat acara utama bagi menarik lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara.

Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir, empat acara itu adalah pada bulan Mac 2016 (suku tahun pertama) akan dianjurkan Pesta Sungai DiRaja Kedah dan pelbagai program kecil akan diadakan sempena Pesta itu.

Untuk bulan Jun 2016, akan diadakan ' Eco Challenger' seperti lumba basikal dan bermacam-macam lagi. PAda September 2016 pula, Festival Makanan Kedah akan diadakan untuk mempamerkan bermacam-macam makanan Kedah. 

Acara terakhir pula akan diadakan Festival Muzik, Kesenian dan kebudayaan negeri kedah seperti Mek Mulong dan sebagainya. 

Bagi menarik minat pelancong dalam dan luar negara, iklan mempromosikan Kedah akan terus dibuat dan Majlis Pelancaran Tahun Melawat Kedah 2016 akan dibuat pada malam 31 Disember 2015 Hingga 01 Januari 2015 di Aman Central.

Dato Seri Mukhriz bercakap pada media selepas mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Aman. 

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 4 Acara Utama Tahun Jelajah Kedah 2016 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top