Latest News

Wednesday 28 October 2015

Prima Air Tawar Khidmat Penerbangan Carter Ke 7 Destinasi


Langkawi : Prima Air Sdh Bhd, Anak Syarikat Kumpulan Halim Mazmin, menawarkan khidmat penerbangan Carter ke 7 destinasi pilihan dan ia berpengkalan di Pulau Langkawi.

Menurut Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir usaha yang ditunjukkan oleh HMG untuk membangunkan Langkawi harus dipuji dan perlu lebih banyak lagi syarikat melabur di pulau ini.

Beliau mengalu-alukan perkhidmatan carter Prima Air kerana konsepnya iaitu " point-to-point air travel" mampu berfungsi sebagai penghubung untuk mempermudahkan lagi perjalanan dari dan ke Langkawi tanpa batasan. 

" Dengan adanya perkhidmatan ini diharap orang ramai akan mendapat manfaat khususnya komuniti perniagaan demi merancakkan lagi ekonomi di sepanjang Koridor Utara Semenanjung Malaysia". Jelasnya.

HMG telah melaburkan sebanyak RM20 juta untuk perkhidmatan ini dengan pesawat Cessna Gran Caravan EX dan antara tujuh destinasi pilihan seperti Ke Alor Setar, Pulau Pangkor, Ipoh, Pulau Pinang, Hatyai, Krabi dan Phuket dari Langkawi.

Pesawat ini mampu membawa 11 orang penumpang pada satu-satu masa, selain berupaya membawa kargo dan sesuai digunakan sebagai ambulan udara untuk kes kecemasan.

Pesawat yang dibeli dari Kansas Amerika Syarikat ini boleh diubah suai sebagai pesawat amfibia kerana mempu mendarat di darat dan air.
 




  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Prima Air Tawar Khidmat Penerbangan Carter Ke 7 Destinasi Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top