Latest News

Tuesday 27 October 2015

Laluan Langkawi - Kota Bharu Tingkat Kedatangan Pelancongan Domestik - Mukhriz


Syarikat penerbangan Firefly hari ini telah memulakan penerbangan sulung mereka dari Kota Bharu Kelatan.

Menurut Menteri Besar Kedah, Dato Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir, dengan laluan baru penerbangan Langkawi - Kota Bharu oleh Firefly ini dapat meningkatkan lagi jumlah kedatangan pelancong domestik ke Langkawi khususnya dari kalangan rakyat negeri-negeri di Pantai Timur.

" Pengenalan penerbangan itu juga dibuat tepat pada masa yang tepat kerana 2016 adalah Tahun Melawat Kedah". Jelasnya.

Sebelum itu Dato' Seri Mukhriz telah menyambut ketibaan penerbangan sulung Fireflu dari Kota Bharu ke Lankawi


AirAsia baru-baru ini mengumumkan rancangannya untuk menjadikan Langkawi sebagai hab antarabangsanya bagi rantau ini menjelang hujung tahun ini.

Mengumumkan perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia, Aireen Omar berkata syarikatnya sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan untuk meneliti bagaimana Langkawi dapat dibangunkan sebagai hab antarabangsa rantau ini.

Kerajaan Kedah akan terus memastikan prasarana di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi memenuhi keperluan syarikat penerbangan Air Asia yang telah bercadang untuk menjadikannya sebagai hab operasi terbaharunya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Laluan Langkawi - Kota Bharu Tingkat Kedatangan Pelancongan Domestik - Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top