Latest News

Thursday 10 December 2015

Tiket Final Piala Malaysia Dijual Sehari Sahaja - KFA




ALOR SETAR, 8 Dis (Bernama) -- Tiket perlawanan akhir Piala Malaysia hanya akan dijual sehari sahaja iaitu pada Khamis ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Tiket dan Pintu Masuk Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Shaharol Niza Omar.

Beliau berkata empat kaunter akan dibuka di Stadium Darulaman bermula 10 pagi, termasuk satu kaunter khas untuk golongan wanita.

KFA katanya yang akan menyelia sendiri jualan tiket telah diperuntukkan 30,000 tiket daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia.

Setiap tiket dijual dengan harga RM40 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak.

Beliau berkata kuota untuk KFA dan ahli gabungan sebanyak 4,000 tiket; kuota bas (150 bas) sebanyak 6,000 dan jualan kaunter 20,000.

Shaharol berkata pembelian untuk kuota bas adalah berdasarkan yang dahulu didahulukan dan permit bas serta salinan kad pengenalan wakil sewaktu penebusan tiket, wajib dikemukakan.

-- BERNAMA


Info Trivia FINAL TM PIALA MALAYSIA 2015.

SELANGOR vs. KEDAH
12.12.2015 Sabtu 9:00 malam
Stadium Shah Alam

Breakdown Tiket:
Harga Tiket: RM40 Semua kawasan
*Kanak-Kanak RM5 (12 tahun kebawah)

Jumlah keseluruhan: 72,000 pcs

Kuota untuk KEDAH FA - 30,000 pcs
*Kanak-Kanak - 1,000 pcs

Kuota untuk SELANGOR FA - 30,000 pcs
*Kanak-Kanak - 1,000 pcs

Kuota Tiket Tempahan ONLINE - 10,000 pcs
*Mula jualan Rabu di www.tickethotline.com.my/sports/fam
*Penebusan tiket Khamis di Stadium Melawati

1. Tiket untuk setiap pasukan negeri akan dijual pada hari KHAMIS 10.12.2015 mulai jam 10:00 pagi.
2. Pintu untuk penyokong Kedah A dan D berdekatan go-kart.
3. Pintu pada masa perlawanan dibuka seawal jam 4 petang.

Nota:
- Tiada tiket akan dijual pada hari perlawanan di Stadium Shah Alam.
- Tiket kuota persatuan negeri akan dijual oleh persatuan masing-masing.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Tiket Final Piala Malaysia Dijual Sehari Sahaja - KFA Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top