Latest News

Saturday 16 January 2016

DS Mukhriz Hadir Majlis Kesyukuran Rai Pelari Solo Nasir Abbas Di Kuala Kedah









Presiden Persatuan Bolasepak Kedah Dato Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir meluangkan masa hadir ke majlis jamuan kesyukuran yang dibuat untuk pelari solo, En Nasir Abbas, 60, di kediaman beliau di Kuala Kedah tengah hari tadi. 

Turut hadir adalah barisan kepimpinan Persatuan Bolasepak Kedah, Setiausaha Kehormat KFA , YB Aminuddin Omar, Jurulatih , pemain serta ribuan penyokong Kedah. 

En Nasir Abas, 60, yang melakukan larian sejauh kira-kira 500 kilometer dari Stadium Shah Alam, Selangor, mulai 13 Dis tahun lepas, selepas berakhirnya perlawanan akhir Piala Malaysia.

Nasir tiba di Stadium Darul Aman pada 22 Dis lepas, melakukan larian tersebut sebagai tanda sokongan dan terima kasih kepada skuad Lang Merah yang layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Selangor. 

Situasi YAB MB di kenduri kesyukuran Pak Nasir Abbas sebentar tadi.
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Friday, 15 January 2016
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: DS Mukhriz Hadir Majlis Kesyukuran Rai Pelari Solo Nasir Abbas Di Kuala Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top