#Video Tan Sri Muhyiddin Yassin dedahkan bahawa beliau merupakan antara penggerak utama Pak Lah berundur setelah melihat kepimpinan Pak Lah tidak kukuh dan meningkatnya trend penolakan rakyat terhadap UMNO/BN selepas PRU12.
Disebabkan mahu menyelamatkan UMNO/BN, Muhyiddin telah berjumpa Datuk Sri Najib dan menyarankan beliau mengambil alih kepimpinan negara dari Pak Lah.
Muhyiddin juga turut mendedahkan butir-butir perbincangan mereka ketika dalam perjumpaan itu. Dimana waktu itu Najib menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, Najib turut akui kelemahan UMNO/BN dibawah kepimpinan Pak Lah.
Walau beliau menjadi penggerak untuk Pak Lah undur, namun ketika itu tidak timbul soal pecat memecat atau suara-suara yang mengatakan UMNO/BN akan tumbang sekiranya presiden UMNO berundur sepertimana yang dilakukan pentaksub Najib kini, yang dilihat lebih menyayangi Najib berbanding parti UMNO itu sendiri.
0 comments:
Post a Comment