Latest News

Friday 25 March 2016

Peminat kritik Ahmad Bashah cuba beli kelab penyokong Kedah



Sebuah portal mStar online melaporkan bahawa Menteri Besar Kedah Ahmad Bashah mahu berdamai dengan penyokong pasukan Kedah atas sambutan dingin penyokong semasa perlawanan bertemu Kelantan tempoh hari.

Satu stadium bergema dengan laungan booo ketika kehadiran Ahmad Bashah. Lebih memalukan beliau terpaksa mengangkat tangan untuk menenangkan penyokong..

Belum pernah terjadi dalam sejarah seorang Menteri Besar di boo oleh penyokong..

Lantas itu, Ahmad Bashah mahu menjalinkan hubungan baik dengan semua kumpulan penyokong pasukan Lang Merah dan bersedia menyediakan peruntukan kewangan kepada mereka.

Bagi peminat bola sepak Kedah pula, maruah mereka bukan boleh dibeli dengan wang.

Kata seorang penyokong di FB HMFC "Kita semua masih ada duit lagi nak sewa bas apa suma...bukan nak main politik...Tapi warga Hijau Kuning masih ada maruah dan harga diri...bukan beli penyokong dengan tabur duit mcm nie...nak jdi Presiden...tak boleh buat apa dah...kuasa politik...tapi la baru sedar kot yang kuasa penyokong dan rakyat negeri Kedah nie mcm mana....lagi rasa nikmat tanpa apa bantuan pun untuk pi away game...pakat kuaq duit seorang sedikit tue lg meriah dari duk harap bantuan politik ni"

Walaupun plan damai Ahmad Bashah diumumkan, rata-rata penyokong hijau kuning tetap mengkritik tindakan tersebut. Bagi mereka wang dan kuasa politik bukan kuasa segalanya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Peminat kritik Ahmad Bashah cuba beli kelab penyokong Kedah Rating: 5 Reviewed By: Unknown
Scroll to Top