Latest News

Thursday 24 March 2016

Terengganu Berhadapan Dengan Bubar DUN?



Minggu hadapan ADUN Kijal, Ahmad Said akan membuat sidang akhbar untuk menjawab isu peruntukan ADUN Kijal dipindahkan ke pejabat MB. Tiga hari lepas, NST melaporkan peruntukan ADUN Kijal ditarikbalik.

Sebenarnya ia bukan ditarik balik tetapi dipindahkan ke pejabat MB kerana tindak tanduk ADUN Kijal tidak mencerminkan tindak tanduk ADUN BN lagi.

Bukan tidak wujud lagi bajet DUN Kijal sebaliknya pejabat MB akan mengagihkan terus peruntukan itu kepada kumpulan sasar. Keadaan yang tidak menentu ini menyebabkan politik Terengganu tidak stabil.

Disebabkan itu, bekas MB Terengganu akan mengadakan satu sidang akhbar pada minggu hadapan. Sudah tentu ianya ditunggu-tunggu oleh rakyat Terengganu. Adakah Ahmad Said akan buat kejutan lagi?

Menurut sumber, MB tidak ada pilihan lain selain terpaksa membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu hadapan.

Itu akan terjadi jika Ahmad Said mengumumkan keluar dari Umno, maka kedudukan 16-16 DUN Terengganu akan tergantung.

Sudah tentu Ahmad Razif memerlukan mandat baharu daripada rakyat untuk memilih sama ada rakyat mahu mengekalkan BN atau memilih kerajaan baharu.

Jika PRN diadakan, maka ia peluang terbaik bagi Ahmad Razif memilih 32 calon yang pro beliau. Sudah tentu calon-calon BN yang pro Ahmad Said akan digugurkan.

Persoalannya,

Dapatkah BN mengekalkan kerusi jika wakil rakyat yang pro Ahmad Said digugurkan? Jika ahli ahli Umno berpegang teguh setia kepada Umno, maka menanglah BN. Jika mereka sabotaj calon BN, tidak mustahil PAS akan membentuk kerajaan baharu.

Makin panas politik kita hari ini.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Terengganu Berhadapan Dengan Bubar DUN? Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top