Latest News

Wednesday 2 March 2016

Terlajak Laris Benam Skuad Pamoga Qu Puteh



Skuad Lang Merah Kedah, bangun memberi saingan di separuh masa kedua dengan membenam skuad Pamoga Qu Puteh Kelantan 2-1 di Stadium Darul Aman. 


Perlawanan menarik perhatian penyokong kedua-dua pasukan apabila perlawanan ini turut di hadiri Penaja Kelantan iaitu Dr Vida dan Dato Aliff Terlajak Laris yang dikatakan bakal menaja Kedah tahun 2016 ini. 


Dalam perlawanan malam tadi , Skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors terlebih dahulu membolosi gawang tuan rumah menerusi jaringan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-29, sebelum pemain import Kedah, Carlos Kahe menyamakan kedudukan pada minit ke-67. 

Kedah memperoleh gol kedua yang juga gol kemenangan pada minit ke-81 menerusi Mohd Syafiq Ahmad.

Dianggarkan lebih 16,000 penonton hadir ke Stadium Darul Aman malam tadi. 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Terlajak Laris Benam Skuad Pamoga Qu Puteh Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top