Latest News

Tuesday 1 March 2016

UMNO Apakah Yang Akan Anak Muda Kita Warisi? - Rafidah Aziz


Selepas pengumuman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad keluar Umno hari ini, Tan Sri Rafidah Aziz mempersoalkan tindakan pemimpin parti itu yang membiarkan perkara berkenaan berlaku.

Rafidah bertanya apakah bentuk parti Umno yang hendak diwariskan kepada anak muda memandangkan contoh ditunjukkan tersasar daripada perjuangan sebenar parti itu.

"Apakah bentuk Umno yang hendak kita wariskan kepada anak-anak muda kita? Adakah kita menunjukkan contoh tauladan sebaik mungkin kepada anak muda yang kita akui sebagai pewaris Umno?

"Atau adakah kita menyemai serta membentuk satu budaya dalam Umno yang jelas jauh menyimpang daripada apa yang sekian lama diperjuangkan?" soal Rafidah dalam kenyataan yang dimuatnaik dalam Facebook rasmi beliau.

Beliau turut mengingatkan ahli Umno agar tidak menjadikan jawatan sebagai ukuran dan menyokong pimpinan dengan membuta tuli.

"Janganlah jawatan menjadi ukuran tentang kepimpinan atau kuasa menghalalkan segala tindakan.

"Umno tidak bersalah, manusia yang membawa dan mendatangkan masalah mesti dibezakan antara parti dengan individu," katanya.

Bekas ketua Wanita Umno semasa zaman pentadbiran Dr Mahathir itu turut kesal dengan peristiwa yang berlaku dalam politik parti Melayu itu.

"Peristiwa-peristiwa yang terus berlaku dalam politik Umno nampaknya mula meruncing dan membawa kepada pihak memihak di kalangan mereka yang dianggap sebagai pemimpin...dan di kalangan pengikut masing-masing.

"Proses pemecatan terus berlaku. Kesan daripada tiada penerimaan perbezaan pendapat dan teguran. Serta kesan daripada sindrom 'orang kita', dan 'bukan orang kita'," kata Rafidah lagi.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: UMNO Apakah Yang Akan Anak Muda Kita Warisi? - Rafidah Aziz Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top