Latest News

Monday, 25 July 2016

1MDB : 'Kenapa Shabery bela Riza, Jho Low?



SHAH ALAM – Peguam, Haniff Khatri Abdulla membidas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menasihatkan masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung saman sivil dikemukakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Haniff Khatri sebaliknya menyarankan agar kertas klausa yang difailkan AS itu dibaca dengan teliti terlebih dahulu.

“Sejak bilakah menteri Malaysia bertanggungjawab menjadi jurucakap untuk dua orang rakyat Malaysia yang disaman di luar negara atas dasar mengaut harta dan dana haram melalui penyelewengan di dalam syarikat milik Malaysia, yakni harta milik rakyat Malaysia?,” katanya dalam kemas kini status di Facebook.

Rabu lalu, DOJ dilaporkan akan menyita aset bernilai lebih RM4 bilion dan menamakan individu yang didakwa terlibat dalam konspirasi mengubah wang haram daripada 1MDB iaitu, anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz; ahli perniagaan Jho Low serta dua individu lagi, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohammed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Ahmad Shabery sebelumnya berkata, tidak adil dan tidak wajar untuk menghukum dan mendakwa seseorang itu bersalah dengan membuat andaian sendiri memandangkan kes itu masih dalam siasatan.

Sehubungan itu, Haniff yang mewakili bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua individu lain dalam kes pendakwaan berkaitan 1MDB berkata, sebagai seorang menteri Kabinet, Shabery sepatutnya membela nasib rakyat Malaysia bukannya dua individu yang disaman di luar negara itu.

“Soalan yang awak patut tanya adalah, ‘sekiranya benar harta milik Riza atau Jho Low yang dipohon untuk disita itu adalah hasil daripada penyelewengan curang dana 1MDB, maka bagaimanakah jemaah menteri dan kerajaan Malaysia akan peroleh atau siasat harta-harta lain mereka berdua di dalam negara, mahupun di negara luar yang lain?’

“Kenapa awak bagaikan hendak membela hak mereka jauh lebih tinggi daripada hak rakyat Malaysia? Ya ALLAH SWT, selamatkanlah negara kami ini,” katanya.

Sumber : Sinar Harian 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Ini bengang dan tolol punya menteri...

    ReplyDelete

Item Reviewed: 1MDB : 'Kenapa Shabery bela Riza, Jho Low? Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top