Latest News

Monday, 25 July 2016

' Malaysian Official 1 ' Siapa Lagi Kalau Bukan Najib - Tun M



Oleh Athirah Huda Zalhe

KAJANG – Tun Dr Mahathir Mohamad tetap dengan pendiriannya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah individu yang sebut sebagai ‘Malaysian Official 1’ dalam writ saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ), baru-baru ini.


“Walaupun tak sebut nama Najib dalam konteks yang dia laporkan, tetapi individu yang ada duit AS$681 juta dalam Ambank Malaysia, semua orang tahu itu adalah Najib.

“Jadi, ini Najib lah,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, penyokong Najib berpendapat apabila nama pemimpin mereka itu tidak disebut oleh DOJ maka ia sudah membuktikan kononnya Perdana Menteri itu tidak bersalah.

“Saya tidak tahu mengenai nama Najib tidak disebut, dan disebut nama orang lain.

“Tetapi penyokong Najib punya pendapat kononnya nama tak disebut, maka Najib tidak bersalah. Ini orang kata wishful thinking,” katanya.

Sebelum ini, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengingatkan orang ramai untuk berhenti menuduh Najib sebagai orang yang dinamakan atau dituduh atas sebarang salah laku 1MDB.

Sebelum ini, Jabatan Kehakiman AS memberitahu akan menyita aset bernilai lebih AS$1 bilion milik individu dan syarikat selepas mereka menyiasat aliran dana 1MDB, dan mendakwa ‘Malaysian Official 1’ menerima jutaan dolar dari 1MDB.

Individu tidak dinamakan itu dirujuk sebanyak 32 kali dan dinyatakan sebagai ‘pegawai tinggi kerajaan Malaysia’.

Saman yang difailkan di mahkamah itu turut menyatakan lebih AS$3.5 bilion (RM14.16 bilion) dana 1MDB telah disalahgunakan.

DOJ mendakwa kesalahan itu dilakukan sepanjang tempoh empat tahun dan membabitkan pelbagai individu, termasuk pegawai Malaysia dan rakan mereka yang berkonspirasi untuk melencongkan berbilion ringgit wang 1MDB.

DoJ menamakan anak kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dengan suami pertamanya – Riza Shahriz Abdul Aziz – sebagai ‘individu berkaitan’, selain ahli perniagaan Jho Low, Tan Kim Loong (rakan sekutu Jho Low – pemilik beberapa akaun bank di mana dana 1MDB yang diseleweng dipindahkan) dan pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi serta Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Biasa lah, sesiapa pun bila hati dah tak suka memang macam tu. Perkara yg tak baik mengenai orang yg kita tak suka cepat je diconfirm kan. Perkara yg baik2 pula didiam2kan.

    ReplyDelete

Item Reviewed: ' Malaysian Official 1 ' Siapa Lagi Kalau Bukan Najib - Tun M Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top