Latest News

Friday 29 July 2016

GAMBAR : Ribuan Rakyat Perlis Sambut Tun M


Ribuan rakyat Perlis tidak melepaskan peluang bertemu dan beramah mesra dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir semalam di Arau dalam majlis Mesra Aidilfitri bersama Tun Mahathir. 

Turut hadir adalah Ahli Parlimen Pokok Sena , Datuk Mahfuz Omar , Datuk Khairuddin , Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir dan kepimpinan kawasan Arau. 

Orang ramai yang mula hadir sejak jam 8 malam terus menanti kehadiran insan yang mereka kasihi itu dan jam 9.30 malam kehadiran Tun Mahathir dengan diiringgi lebih 30 buah moto berkuasa tinggi menggamatkan suasana majlis. 

Penerangan isu semasa oleh penceramah-penceramah dan Tun Mahathir amat dinantikan oleh rakyat di Perlis kerana saluran media arus perdana hanya memburukan Tun Mahathir. 

Sewaktu Tun Mahathir berucap dan menyebut tentang parti baru yang bakal ditubuh , tepukan gemuruh dan mereka menyatakan sokongan yang padu bagi menyingkirkan Najib. 













  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

2 comments:

  1. masa jadi PM dulu tak pernah datang pun...

    ReplyDelete
  2. Sambutan yg ramai tidak semestinya yg menyokong pun sebanyak tu. Mereka dtg beramai2 setakat syok nak dengar apa yg nak dikarutkan. Itu je.

    ReplyDelete

Item Reviewed: GAMBAR : Ribuan Rakyat Perlis Sambut Tun M Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top