Latest News

Wednesday 3 August 2016

'Melayu tak malu terima pemimpin dihina dunia'



Negara sedang melihat pertandingan antara wang tunai dengan semangat kebangsaan Melayu dengan ramai ketua bahagian Umno dan wakil rakyatnya rela menggadai bangsa dan negara untuk mendapatkan dedak, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, bukan sahaja rakyat negara ini yang tahu tetapi dunia juga tahu bahawa ketua bahagian dan wakil rakyat Umno yang mendapat dedak itu sehingga tertutup mulut, telinga dan mata mereka.

“Tak usahlah menafi. Bukan sahaja rakyat Malaysia yang tahu, tetapi dunia juga sudah tahu.

“(Datuk Seri) Nazir Razak sendiri mengaku beliau diberi AS$7 juta oleh Najib untuk diagih kepada ketua-ketua parti sebelum PRU 13.

“Amatlah memalukan kerana terdapat orang Melayu yang tidak malu; yang sanggup menerima pemimpin yang dihinakan oleh dunia,” katanya dalam tulisan terbaru di blog hari ini.

Dr Mahathir kemudiannya menyenarai 53 media, akhbar dan stesen televisyen di seluruh dunia yang melaporkan skandal 1MDB serta wang RM2.6 bilion yang berda di dalam akaun bank peribadai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau turut membekalkan agensi atau pihak berkuasa antarabangsa yang menyiasat skandal berkenaan di lapan buah negara.

Luxemboug: Pejabat Pendakwa Raya, Luxembourg

Switzerland: Penjabat Pendakwa Raya Swiss

Singapura: Jabatan Hal Ehwal Komersial, Polis Singapura

Lembaga Kewangan Singapura (MAS)

Amerika Syarikat: Jabatan Keadilan Amerika Syarikat

Biro Siasatan Persekutuan (FBI)

Hong Kong: Polis Hong Kong

United Kingdom: Pejabat Penipuan Serius

Emiriah Arab Bersatu: Pihak berkuasa UAE membekukan aset Khadeem Al Qubaisi dan Mohammed Badawy Al Husseiny dua eksekutif kanan firma pelaburan Abu Dhabi yang mempunyai kaitan rapat dengan 1MDB dan melarang mereka ke luar negara.

Perancis: Pejabat Pendakwa Raya Perancis (berhubung pembelian dua kapal selam negara).

Mahathir berkata Najib mendakwa bahawa semua tuduhan terhadapnya adalah tidak benar dan penyokongnya pula mendakwa bahawa laporan media yang meluas dan agensi siasatan antarabangsa itu bertujuan mencemarkan reputasi perdana menteri.

“Mereka ini seolah-olah tidak ada kerja lain selain dari memburukkan Najib dengan laporan dan rencana TV yang panjang lebar disertai gambar dan dokumen.

“Segala bukti yang ditunjuk oleh mereka semuanya tidak boleh diterima kata konco-konconya. Yang boleh diterima dan dipercayai hanyalah penafian oleh Najib.

“Penafian Najib tidak pernah disertai dengan bukti-bukti yang jelas. Ini tak mengapa. Penafian olehnya sudah cukup untuk AG mendawa tidak ada kes untuk Najib didakwa di mahkamah,” katanya.

Najib telah berulang kali menafikan bahawa beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan menuduh Mahathir cuba untuk menjatuhkannya.

Sumber : malaysia kini
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Melayu bukan jenis pengkhianat bangsa dan Negara..mamak ni Jeni's ular dua kepala...lagi bahaya Dan lagi guna..

    ReplyDelete

Item Reviewed: 'Melayu tak malu terima pemimpin dihina dunia' Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top