Latest News

Thursday 4 August 2016

Muhyiddin akan serah permohonan daftar parti baharu



BANGI, Khamis – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa beliau akan menyerahkan permohonan mendaftar parti baharu dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam masa terdekat.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, satu mesyuarat berhubung penubuhan parti baru tersebut telah diadakan malam tadi di kediaman Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Alhamdulillah. Mesyuarat penubuhan parti baru di kediaman YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi berlangsung dengan sempurna.

“Saya akan menyerahkan permohonan untuk mendaftar parti baru ini kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan dalam masa terdekat.

“Sama-samalah kita berdoa semoga permohonan ini akan diluluskan. InsyaAllah, kita akan lakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara!,” katanya dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebooknya, hari ini.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Tun Dr Mahathir, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, bekas pemimpin Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin, presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kamarul Azman Habibur Rahman dan pemimpin kumpulan pelajar Challenger, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Sebelum ini Muhyiddin berkata, parti politik baharu yang bakal ditubuhkan akan berteraskan Islam, namun tetap memperjuangkan kebajikan seluruh rakyat.

Beliau memberi jaminan parti baharu itu akan mempertahankan hak Melayu, Perlembagaan Negara, hak Raja-Raja, bahasa dan dalam masa sama turut menjaga kepentingan serta hak kaum lain.


Sumber : web isma 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

2 comments:

  1. kah..kah..kah...sebijik macam UMNO jugak...... nengok Mukriz yg tak habis habis berbaju merah.... dah mcm org gila talak....

    ReplyDelete
  2. Terbaik TSM..kami sokong..

    ReplyDelete

Item Reviewed: Muhyiddin akan serah permohonan daftar parti baharu Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top