Latest News

Saturday 3 September 2016

Perkembangan terbaru tentang penubuhan parti BERSATU



TIADA SEBAB MENGAPA KELULUSAN PERMOHONAN BAGI PENUBUHAN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA PERLU DILENGAHKAN.

Assalamualaikum wbt dan salam bersatu.

1. Penantian kita untuk menjadi ahli kepada sebuah parti politik baru hampir menjadi kenyataan.

2. Dalam pertemuan Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan ROS petang semalam, pihak ROS telah menjelaskan bahawa tiada sebab mengapa kelulusan terhadap permohonan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia perlu dilengahkan.

3. Ini adalah kerana kita telah menepati segala kehendak dan syarat yang telah ditetapkan dalam permohonan bagi penubuhan sesebuah parti politik baru.

4. Wakil ROS sangat berpuashati dan kagum dengan usaha dan tindakan yang telah kita lakukan dalam melaksanakan perubahan yang perlu terhadap segala teguran dan cadangan yang telah dibuat oleh pihaknya.

5. Kita mengharapkan tiada lagi sebarang halangan bagi kelulusan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia selaras dengan kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri bahawa permohonan ini akan diluluskan tanpa sebarang masalah.

6. Dalam pertemuan yang diadakan itu, Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin ada menyuarakan harapan bahawa kelulusan diberi dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan dibuat seperti yang telah dijanjikan.

7. Dalam pertemuan itu juga kita telah mengemukakan harapan agar kelulusan akan diberikan selewat-lewatnya 9 haribulan September 2016.

8. Pihak ROS menjelaskan bahawa pihak mereka tiada sebarang halangan tentang tarikh tersebut memandangkan permohonan kita telah dikemukakan dengan kemas, lengkap dan tersusun bagi permohonan sesebuah parti politik baru.

Sekian, terima kasih.

KAMARULAZMAN HABIBUR RAHMAN
(SETIAUSAHA PENAJA)
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA.
KENYATAAN MEDIA
JUMAAT 2 SEPT 2016
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Perkembangan terbaru tentang penubuhan parti BERSATU Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top