Latest News

Tuesday 27 September 2016

Setuju wujud Barisan Rakyat


SHAH ALAM – Cadangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi mewujudkan satu gabungan besar parti pembangkang mendapat reaksi positif.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub berkata, pihaknya menyambut baik idea tersebut dan berharap ia mampu direalisasikan.

Menurutnya, cadangan menggabungkan parti-parti pembangkang dengan menggunakan satu nama dan logo merupakan usaha pembangkang sejak sekian lama.

“Sewaktu dalam PR dulu pun, kita pernah kemukakan permohonan kepada pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk gunakan satu logo parti sahaja, namun tidak berjaya,” katanya.

Sebelum ini, Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam satu sesi dialog mengesyorkan semua parti pembangkang membentuk satu barisan baharu yang bernaung di bawah satu logo untuk mengalahkan BN pada PRU14.

Salahuddin memberitahu, cadangan tersebut bakal berjaya sekiranya ROS meluluskan permohonan menggunakan satu logo pada PRU akan datang.

“Sekarang ini halangan terbesar adalah mendapat kelulusan ROS. Kita harap ROS lebih terbuka meluluskannya kali ini.

“Di pihak Amanah, kita sedang menggembleng tenaga memastikan perkara ini berjaya.

"Dengan kehadiran Bersatu, saya yakin kita makin kuat untuk menumbangkan BN,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua ketika dihubungi memaklumkan parti itu turut menyambut baik syor daripada Mukhriz.

“Itu memang yang kita cadangkan sekian lama. Saya berterima kasih kepada Bersatu kerana mengambil sikap yang sama.

“Dari awal lagi kita nak lihat parti-parit pembangkang bersatu dan ini yang diimpikan.

""Diharapkan ia membawa kejayaan,” katanya.

Beliau turut menyarankan agar parti-parti pembangkang yang lain untuk turut serta dalam gabungan terbesar itu.

“Prinsip satu lawan satu boleh dikatakan telah dipersetujui semua parti pembangkang, mungkin kita boleh bersetuju dengan gabungan ini pula,” katanya.

Sumber SH 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Setuju wujud Barisan Rakyat Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top