Latest News

Wednesday 19 October 2016

Futsal 'KITA BERSATU' Kuatkan Ukhwah Pembangkang Kedah


Malam tadi berlangsung Perlawanan Futsal Persahabatan 'Kita Bersatu' Pakatan Pembangkang Kedah yang terdiri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Kedah) , PKR , PAS , AMANAH , DAP serta rakan2 NGO Kedah yang berlangsung di D'Futsal Centre Titi Gajah Alor Setar. 

8 Pasukan mengambil bahagian dan perlawanan ini diadakan secara kalah mati. 

Pasukan Jaringan Gelombang Merah (JGM) muncul juara apabila menang menentang pasukan PAS dalam perlawanan akhir dalam penentuan sepakkan penalti. 

Pasukan Pas muncul naib juara dan Pasukan dari Parti PPBM Bersatu muncul tempat ketiga.

Turut hadir dimajlis ini adalah Naib Presiden PPBM , Dato Seri Mukhriz dan beberapa orang Adun Pembangkang Kedah yang hadir menyatakan sokongan moral pada pasukan masing-masing.

Perlawanan Persahabatan 'Kita Bersatu ' ini dilihat dapat mengeratkan lagi ukhwah antara parti-parti pembangkang Kedah bukan sahaja dalam arena politik malah sukan demi perpaduan.










  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Futsal 'KITA BERSATU' Kuatkan Ukhwah Pembangkang Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top