Latest News

Wednesday 16 November 2016

Catatan dari perbahasan saya mengenai Bajet Negeri Kedah 2017 pada 14/11/16 - bahagian ketiga



Disidang Dewan sebelum ini saya telah bangkitkan isu tanah 260 ekar di Kuala Ketil yang dijual kepada China General Nuclear. Walaupun hakmilik sambungan belum didaftar, tapi pecah sempadan dan tukar syarat tanah telah diluluskan oleh MMK.

Terkini, kita dikejutkan pula oleh pengesahan dari Menteri Besar bahawa Kerajaan Negeri telah luluskan secara dasar pengambilalihan oleh pihak swasta tempatan tanah Dataran Lang dan Taman CHOGM, dan tambakan laut seluas lebih 600 hektar di Kuah. Tujuannya antara lain ialah untuk membina pangsapuri setinggi 60 tingkat.

Pihak swasta ini mungkin yang sama pernah meminta kelulusan saya untuk mengambialih Taman CHOGM. Saya tidak meluluskan kerana taman tersebut adalah kawasan awam yang dikunjungi masyarakat tempatan dan pelancong serta mempunyai signifikan bagi memperingati kunjungan ketua2 negara yang telah hadir Sidang Kemuncak CHOGM pada tahun 1989. Nampaknya kini tapak tanah yang lebih luas telah dipersetujui oleh MB untuk dibangunkan oleh swasta.

Siapa pula yang akan membeli unit2 di pangsapuri 60 tingkat itu? Saya khuatir ianya akan dijual kepada pemaju dari negara China yang akan gunakan kaedah “beli satu di China, dapat satu percuma di Malaysia” seperti yang berlaku dibeberapa projek hartanah negara. Pada hemat saya kaedah ini amat merugikan negara kerana transaksi dibuat diluarnegara, kemungkinan besar tiada cukai dikenakan keatas pembeli kerana tiada pertukaran wang di Malaysia. Mungkin juga kaedah ini adalah cara untuk pengubahan wang haram dari China ke Malaysia.

Bila saya bertanyakan Kerajaan Kedah mengenai isu ini, jawapannya ialah "Kewajaran disebalik kelulusan dasar terhadap pembangunan ini bagi menjadi pemangkin dan dimensi baru kepada pembangunan bagi Pekan Kuah dan Langkawi." Adakah "dimensi baru" yang dimaksudkan benar2 boleh dimanfaatkan Rakyat, atau lebih memudaratkan?

Melihat akan dua penjualan tanah ini kepada China secara langsung mahupun tidak, saya bimbang apa yang jelas dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan turut juga dilakukan oleh Kerajaan Negeri. Lelong tanah atau berhutang untuk membangunkan projek bukanlah cara terbaik untuk memajukan negeri.

Tambah membimbangkan ialah kenyataan Perdana Menteri dalam ucapan perasmian pembukaan Hotel St Regis, Langkawi bahawa beliau mengharapkan Langkawi boleh dimajukan sepertimana yang berlaku di Monaco dekat Selatan Perancis. Adakah Langkawi hendak dijadikan pulau casino seperti Monaco?
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Catatan dari perbahasan saya mengenai Bajet Negeri Kedah 2017 pada 14/11/16 - bahagian ketiga Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top