Latest News

Tuesday 13 December 2016

PPBM sertai HARAPAN antara 4 pilihan dibentang esok



Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) esok akan memutuskan untuk menggunakan satu daripada empat pilihan dalam hal membentuk pakatan pilihan raya, kata Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Satu mesyuarat peringkat tertinggi antara empat parti itu akan diadakan esok di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Pengumuman rasmi diikuti dengan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara BERSATU dan HARAPAN dijangka diadakan pada sebelah petang.

Menurut Mukhriz, HARAPAN dan BERSATU telah memberikan komitmen mereka untuk bekerjasama dalam pilihan raya umum akan datang dan membentuk kerajaan bersama-sama jika mempunyai cukup kerusi.

Bagaimanapun, bentuk sebenar kerjasama itu masih belum diputuskan.

"Kami ada beberapa pilihan, ia hanya akan diketahui opsyen mana akan dipilih (esok)," katanya kepadaMalaysiakini.

Empat pilihan itu, menurut Mukhriz, adalah:

- "Harapan plus BERSATU" dalam kerjasamanya;
- BERSATU menyertai HARAPAN;
- Membentuk sebuah gabungan baru bersama
- Satu lagi bentuk kerjasama lain.

"Apa pun, ia tidak terhad kepada hanya kerjasama pilihan raya. Idea keseluruhan adalah untuk kita memastikan cara terbaik membentuk kerajaan baru.

"Ia bukan sahaja hubungan berasaskan keperluan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Ini bukan niat kami sama sekali, kerana ia jangka masa terlalu pendek," katanya.

Sebelum ini, pemimpin BERSATU berkata mereka telah melanjutkan rundingan dengan parti-parti pembangkang untuk membentuk pakatan dan menetapkan agenda baru untuk "menyelamatkan Malaysia".

HARAPAN kelihatan telah memanaskan idea berkenaan, walaupun BERSATU dipimpin oleh bekas pemimpin Umno.

Bagaimanapun, PAS menyatakan dengan jelas tidak akan bekerjasama dengan BERSATU jika mereka menyertai HARAPAN kerana parti Islam itu menganggap DAP dan AMANAH sebagai musuh.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: PPBM sertai HARAPAN antara 4 pilihan dibentang esok Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top