Latest News

Thursday 1 December 2016

Selamat Bersidang Wahai Penyamun - Mahfuz Omar


KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 tidak ubah seperti penyamun dalam filem ‘Ali Baba Bujang Lapok’ arahan Tan Sri P Ramlee.

Mahfuz berkata, PAU pada tahun ini sekali lagi digunakan bagi mencetus suasana persekitaran untuk menakutkan rakyat.

“Isu Soros, Islam dan Melayu akan lenyap tanpa UMNO dan kononnya Cina akan perintah Malaysia semata-mata untuk menutup semua simpanan harta curi mereka di dalam ‘gua’ seperti penyamun dalam filem ‘Ali Baba Bujang Lapok’ yang mengandungi watak hakim, doktor dan peguam di kalangan penyamun.

“Selesai sidang semua akan pulang dengan gembira selepas menjerit jahanam Soros dan DAP serta membelasah dan menghina Tun Mahathir dan mereka yang dipecat dari kerajaan dan UMNO oleh MO1 ‘Chif Penyamun’ yang dikatakan sebagai Presiden UMNO,”katanya menerusi satu kenyataan.

Mahfuz turut berkata, beliau percaya persidangan kali ini adalah kelangsungan dari mesyuarat Bahagian UMNO yang mempamerkan ‘UMNO diserang hysteria akibat dari ketakutan kepada kebangkitan kemarahan rakyat.

Terdahulu, Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan PAU 2016 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Najib juga akan menyampaikan ucapan dasar presiden di hadapan 2,762 anggota perwakilan.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

2 comments:

  1. Penyamun yang diketuai oleh Lanun Bugis sedang bersidang untuk teros MENYAMUN!!!

    Dua Fenomina yang di hadapi Malaysia.

    Pertama... SUPERMOON sudah berlalu

    Kedua.... Penyamoon (Lanun Bugis) masih bermaharajalela

    ReplyDelete
  2. antara mp paling jijik ialah pokok sena shah alam dan sepang...

    ReplyDelete

Item Reviewed: Selamat Bersidang Wahai Penyamun - Mahfuz Omar Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top