Latest News

Sunday 1 January 2017

'Dedah Bukti Atau Berhadapan Tindakan Saman'


SHAH ALAM - Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencabar supaya bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan bukti dan sumber yang diperolehinya berhubung dakwaan pemilihan beliau sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang dalam PRU14 akan datang.

Menurut beliau, sekiranya Tunku Abdul Aziz gagal berbuat demikian, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadapnya berhubung dakwaan fitnah tersebut.

“Saya tuan punya badan menafikan dakwaan itu dan beliau (Tunku Abdul Aziz) perlu mendedahkan siapakan pemberi maklumat tersebut.

“Kalau beliau tidak dedahkan, saya akan mengambil tindakan undang-undang (saman) ke atasnya selepas ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, Tunku Abdul Aziz mendakwa Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah sepakat untuk memilih Mukhriz sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang dalam PRU14 akan datang.

Sehubungan itu, beliau berkata dakwaan berkenaan adalah tidak berasas malah ia hanya berunsur fitnah semata-mata.

“Saya hairan macam mana seorang yang kita kenali sebagai orang yang hebat boleh keluarkan kenyataan tak masuk akal dan berunsur fitnah sebegitu.

“Saya sendiri terkejut yang beliau boleh percaya kepada dakyah-dakyah sebegini sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian,” katanya.

Menyentuh lebih lanjut mengenai dakwaan tersebut, Mukhriz yang juga merupakan bekas Menteri Besar Kedah itu memaklumkan bahawa tujuan kenyataan sebegitu dikeluarkan adalah bagi mengelirukan rakyat tentang tujuan sebenar Bersatu dan Pakatan Harapan.

Beliau berkata, Bersatu hanya ingin menyelamatkan negara dan isu mengenai soal kepentingan peribadi tidak pernah timbul.

“Sebelum ini perkara sama pernah dibangkitkan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad dan saya telah mengambil tindakan saman ke atas beliau.

“Tindakan sebegini seolah-olah seperti memperlekehkan usaha Bersatu yang ingin menyelamatkan Malaysia,” katanya.

Sumber Sinar Harian 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 'Dedah Bukti Atau Berhadapan Tindakan Saman' Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top