Latest News

Tuesday 10 January 2017

Detik-detik Kemenangan Faiz Subri Di Anugerah Puskas


Sejarah Bola Sepak Malaysia dan Asia tercipta awal pagi ini apabila penyerang Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri berjaya menjadi pemain bolasepak pertama memenangi Anugerah Puskas 2016.

Jaringan yang disifatkan melanggar hukum fizik itu berjaya mengalahkan dua lagi jaringan terbaik dunia 2016. Seperti yang dijangka , jaringan Faiz berhak untuk menang.

Seluruh rakyat Malaysia pastinya berbangga dengan kejayaan Faiz dan semua rakyat harus meraikannya.

Pemain kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu, mengetepikan dua lagi calon akhir iaitu pemain Brazil yang beraksi untuk kelab Corinthians, Marlone dan wakil tunggal wanita dari Venezuela, Daniuska Rodriguez.


Anugerah Puskas diperkenalkan pada tahun 2009 yang menyaksikan pemain terbaik dunia sebanyak empat kali, Cristiano Ronaldo menjadi pemenang pertama anugerah tersebut.















  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Detik-detik Kemenangan Faiz Subri Di Anugerah Puskas Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top