Latest News

Tuesday 21 March 2017

Janji @MukhrizMahathir Jika Pembangkang Tawan Kedah!



Video menarik

Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir dalam ucapannya ketika berceramah di Peti Daerah Mengundi (PDM) Putat, Jerlun telah berjanji akan memberi perhatian istimewa kepada ekonomi Negeri Kedah sekiranya pembangkang menang di negeri serta peringkat persekutuan dalam PRU14 ini.

Setelah Ayahanda Tun M bersara sebagai Perdana Menteri, Kedah dilihat telah dianak tirikan oleh Kerajaan Persekutuan pentadbiran BN sejak sekian lama walau ditadbir oleh parti dipihak yang sama dan kini mempunyai seorang Menteri Besar yang dikatakan mempunyai hubungan yang cukup akrab dengan Perdana Menteri.

Untuk makluman semua, pada ketika ini Kedah berada dikedudukan yang kedua dari bawah menjadi negeri termiskin di Malaysia, walau banyak berkorban kepada negara. Kedah berkorban sebegitu banyak tanah untuk tujuan pertanian bagi menjaminkan bekalan makanan negara sedangkan tanah tersebut berpontensi tinggi untuk dibangunkan.

Sepatutnya dengan pengorbanan yang dibuat oleh negeri ini, Kerajaan Persekutuan perlu memberi pampasan yang setimpal bagi membangunkan ekonomi negeri.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Janji @MukhrizMahathir Jika Pembangkang Tawan Kedah! Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top