Latest News

Tuesday 21 March 2017

Jelajah Kulim bersama Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir, Timbalan Presiden PPBM




Misi jelajah Kulim bersama Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir yg diiringi oleh Ketua Bahagian Penaja Kulim Bandar Baharu, Dato Azimi Daim berserta rombongan dari PPBM negeri Kedah. Bermula di Relau, program Pakatan Harapan bersama Dato Saifuddin Nasution.





Kemudian, bertemu komuniti setempat dan anak muda di Taman Tanjung Indah. Untuk memberi kata-kata semangat dan menyampaikan hadiah pada pemenang pertandingan bola sepak.








Selepas itu, menghadiri majlis bacaan yasin untuk pembukaan pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia bahagian Kulim, diikuti dengan upacara perasmian dan ceramah Bicara Rakyat. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar malah ceramah mendapat sambutan hebat dari orang Kulim sendiri.

Gelombang perubahan terasa dan bertiup kencang.

Keesokkan harinya, bermula dengan sarapan pagi di Medan Bandar Kulim dan walkabout dikawasan sekitar untuk beramah mesra bersama peniaga dan orang ramai.







Kemudiannya Dato Seri dan rombongan singgah di Rumah Amal Kulim untuk melawat.




Disana rombongan PPBM kagum melihat, cikgu-cikgu gigih berjuang bersama anak-anak istimewa. Dalam serba kekurangan, perjuangan diteruskan juga dengan sehabis baik. Ia meninggalkan memori indah di rumah amal, tentang erti perjuangan hidup.





Selepas itu, Dato Seri serta rombongan ke rumah Presiden Seni Silat Kuntau. Silat Kuntau, seni silat melayu bercampur cina. Bertemu dengan Pak Long Zainon, bukan calang-calang orang Pak Long ni. Walaupun umur dah meningkat, namun sifat kepahlawanan masih ada untuk membela anak bangsa.





Jelajah diteruskan dengan memenuhi undangan kenduri di Padang Tembak. Ternyata, hidangan ala kampung malah disambut mesra oleh tuan rumah dan hadirin menghilangkan letih cuaca panas ketika itu.

Ternyata, rombongan ke Kulim tidak sia-sia dan ianya amat bermakna. Orang Kulim sesungguhnya sudah bersedia untuk perubahan.

InshaAllah sampai masa kita ketemu lagi.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Jelajah Kulim bersama Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir, Timbalan Presiden PPBM Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top