Latest News

Wednesday 15 March 2017

Penyokong diminta tidak cetuskan rusuhan


PETALING JAYA - Semua pihak diminta menjaga tatatertib ketika hadir memberi sokongan dalam debat antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Menurut Mahathir, beliau berharap program itu berjalan lancar tanpa dicemari rusuhan daripada mana-mana penyokong.

"Kita harap semua yang hadir dengar apa yang ingin disuarakan, jika berpeluang boleh ajukan soalan sekali.

"Terpulang kepada rakyat untuk menilai sejauh mana keberkesanan debat itu nanti,"katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusi mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, di ibu pejabatnya, hari ini.

Terdahulu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata debat antara Nazri dan Mahathir diadakan atas kapasiti peribadi, bukan mewakili kerajaan.

“Saya percaya Nazri berani, beliau akan hadir, tapi beliau tidak bertanggungjawab kepada kerajaan, pasal kerajaan awal-awal dah tolak, sebab perkara itu telah ditegaskan oleh Johari, jadi terserah kepada rakyat untuk menilai,"katanya.

Beliau berkata, pelbagai isu boleh dibahaskan, antaranya tentang 1MDB, RM2.6 bilion dalam akuan Datuk Seri Najib Razak, isu skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF) dan lain-lain.

"Saya terlepas peluang dulu dalam Nothing To Hide. Tapi tak mengapalah, kali ini ia bukan saja berbentuk debat tapi wacana, maknanya dia ada peluang cakap, saya pun boleh cakap, orang lain juga boleh tanya,"katanya.

Debat antara mereka dijadualkan berlangsung di kawasan Parlimen Nazri, di Padang Rengas, pada 25 Mac, jam 3 petang yang dianjurkan oleh Sinar Harian.

Idea mengadakan debat tercetus apabila Nazri dan Pengerusi Bersatu itu saling 'perang mulut' di media sosial, lalu Mahathir mencabar menteri itu berbahas dalam pelbagai isu.

Semalam, Nazri telah menyatakan persetujuan untuk sedia hadir dalam majlis tersebut. - SH
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Penyokong diminta tidak cetuskan rusuhan Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top