Latest News

Saturday 18 March 2017

PPBM Kubang Pasu Terus Berkembang


Semalam diadakan perjumpaan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang juga Ketua PPBM Kedah Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir dengan ahli jawatankuasa PPBM Bahagian Kubang Pasu, Armada dan Srikandi.

Perjumpaan ini diadakan di Pejabat PPBM Bahagian Kubang Pasu Tanah Merah Jitra. Turut hadir ialah Timbalan Ketua PPBM Kedah Mejer (B) Anuar Abdul Hamid. 

Pelbagai perkara dibincangkan mengenai gerak kerja PPBM Kubang Pasu bagi menghadapi pilihanraya Umum ke 14 nanti. 

Majlis baca yasin turut diadakan selepas solat maghrib oleh semua yang hadir. Majlis ini diadakan sempena pembukaan pejabat baru PPBM Kubang Pasu. 

Bagi rakyat yang tinggal di Kubang Pasu jika mahu mendaftar sebagai ahli boleh menghubunggi Ketua Armada Kubang Pasu Saudara Firdaus ditalian 0174611982. 













  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: PPBM Kubang Pasu Terus Berkembang Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top