Latest News

Friday 31 March 2017

Ribuan Rakyat Jerai Hadir Program Selamatkan Malaysia


Gelombang perubahan jelas ketara di Kedah dengan setiap ceramah dan program Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendapat sambutan begitu hebat dari rakyat. 

Malam tadi bertempat di Guar Chempedak, Program Selamatkan Malaysia mendapat sambutan ribuan rakyat yang hadir bagi mendengar sendiri penerangan isu-isu semasa dari pemimpin-pemimpin PPBM. 

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin , Timbalan Presiden PPBM dan Ketua Penaja Bahagian Jerai hadir bagi memberi ceramah di sana. 

Pelbagai isu penting dibangkitkan penceramah antaranya mengenai masalah bebanan hutang 1MDB , Penjualan tanah-tanah kepada China , isu kos sara hidup , penyelewengan dalam kerajaan, rasuah dan pelbagai isu lagi. 

Lebib 600 borang keahlian baru diserahkan kepada Tan Sri Muhyiddin bagi kutipan minggu dan malam tadi. 

Ucapan penuh ceramah ini boleh dilihat di Page Mukhriz Mahathir Fc dan Page Parti Pribumi Bersatu Malaysia - Kedah









Sembang santai bersama penduduk kampung Dulang Besar di rumah Hj Saidin.






 

Ziarah Kasih di rumah penduduk kampung dan memberi sumbangan di Kg Dulang Besar Yan Kedah. 







  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Ribuan Rakyat Jerai Hadir Program Selamatkan Malaysia Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top