Latest News

Thursday, 27 April 2017

Jawatan PPBM tidak dijual beli, kata Syed Saddiq



PETALING JAYA: Syed Saddiq Abdul Rahman menggesa orang ramai tidak mempercayai dakwaan kononnya jawatan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPM) untuk dijual kepada ahli.

Beliau menjawab laporan Sinar Harian memetik seorang ahli PPBM yang tidak dinamakan sebagai berkata seseorang menawarkan jawatan ketua bahagian di Johor melalui WhatsApp.

Mereka yang berminat cuma perlu membayar RM250,000, menyediakan sebuah ruang pejabat tetap, mengekalkan semua ahli jawatankuasa sedia ada dan elaun bulanan mengikut pangkat, membayar gaji setiausaha dan meneruskan – serta menambah – program di peringkat bahagian.

Ketua pemuda PPBM mengatakan pelantikan dirinya membuktikan tuntutan seperti itu tidak berlaku.

“Saya pengasas bersama, ketua pemuda, dan naib presiden parti. Simpanan hidup saya tidak mampu cecah RM250,000, tetapi saya diamanahkan jawatan-jawatan itu,” katanya kepada FMT.


Beliau menepis dakwaan itu sebagai “mengarut dan tidak berasas” dan mendakwa sumber cerita itu mempunyai motif lain.

“Ini tanda-tanda langkah terdesak melemahkan momentum PPBM.

“Tidak ada tuntutan seperti itu di mesyuarat majlis presiden dan majlis tertinggi yang saya hadiri.”

Minggu lalu seorang pengasas bersama PPBM, Kamarulazman Habibur Rahman, meletakkan keahlian dan mendakwa parti itu “dirampas bekas ahli Umno yang mahu mendapatkan kuasa dan kedudukan”.

Kamarulazman, yang sebelum ini mengetuai Gabungan Ketua Cawangan Malaysia, salah seorang daripada 7 pengasas PPBM.

Kamarulazman melepaskan jawatan setiausaha kerja PPBM pusat, ahli majlis tertinggi PPBM pusat dan ketua PPBM bahagian Telok Kemang, dan menolak tawaran jawatan pengerusi perhubungan PPBM Negeri Sembilan pada 19 April.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Jawatan PPBM tidak dijual beli, kata Syed Saddiq Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top