Latest News

Thursday, 27 April 2017

Pembangkang perlu namakan calon perdana menteri, kata Mukhriz



WALAUPUN sebelum pilihan raya, Pakatan Harapan (PH) perlu menamakan individu dipilih untuk menjadi perdana menteri, kata pemimpin pembangkang.

Dengan berbuat demikian, rakyat akan dapat mengukur kedudukan calon PH terhadap Barisan Nasional (BN) dan membuat keputusan mengenai pemimpin yang diingini untuk mentadbir negara ini.

Kata Mukhriz Mahathir, timbalan presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) dalam temu bual dengan The Malaysian Insight.

Pandangan bekas pemimpin Umno mengenai keperluan menamakan calon perdana menteri berlawanan dengan pendirian bapanya, Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin kanan lain daripada PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.


Pandangan umum adalah apa sahaja yang boleh menyebabkan perpecahan dalam barisan perlu diletakkan dielakkan sehingga selepas pilihan raya umum (PRU).

Ia menjadi rahsia umum yang rakan gabungan tidak mencapai kata sepakat mengenai siapa akan dijadikan perdana menteri PH memenangi pilihan raya akan datang.

DAP dan beberapa segmen PKR menyokong Dr Wan Azizah Wan Ismail tetapi Bersatu percaya bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin akan dapat meredakan kebimbangan Melayu terhadap pakatan pembangkang jika beliau dicalonkan sebagai perdana menteri.

Juga ada pihak dalam pembangkang yang percaya Dr Mahathir perlu menjadi perdana menteri sementara sebelum Anwar Ibrahim mengambil alih kedudukan teratas apabila diberi pengampunan diraja kelak.

Mukhriz tidak mahu terseret dengan spekulasi mengenai siapa paling layak di kalangan pemimpin PH untuk menjadi calon perdana menteri tetapi maklum individu tersebut mestilah "boleh diterima dan popular" dengan rakyat.

Ia tidak jelas jika pembangkang mahu pilihan raya akan datang menjadi referendum ke atas Najib atau pertempuran antara dua gabungan dan idea mereka.

Di bawah adalah petikan temu bual:

S: Sudah kira-kira tujuh bulan sejak Bersatu ditubuhkan. Pada masa itu hanya menandatangani pakatan kerjasama rasmi dengan PH, akhirnya menyertai PH sebagai anggota penuh. Seolah-olah teragak-agak bekerjasama dengan PH. Ada mulanya Bersatu mahu berada luar dan sekarang di dalam. Bolehkah anda menjelaskan mengapa ini berlaku? Apa yang berubah sejak beberapa bulan menandatangani perjanjian kerjasama pada Disember hingga Mac sehinggalah Bersatu secara rasmi menyertainya?

Mukhriz: Rakan kami di PH faham kami perlu meneruskan usaha membawa PAS kepada pihak pembangkang dan bukannya membiarkan mereka menjadi apa dipanggil "kuasa ketiga". Kita semua berasa peluang mengalahkan BN lebih baik jika ia perlawanan terus bukannya tiga penjuru.

Dengan berada di sisi PH, Bersatu boleh terus berbincang dengan PAS mengenai kemungkinan pakatan politik dan pada masa sama bekerja rapat dengan PH.

Bagaimanapun, kenyataan tidak konsisten daripada beberapa pemimpin PAS menyedarkan kami perlunya memberi peluang kepada mereka membuat sendiri mengenai jalan yang mereka ingin ambil.

Apakah mereka akan bekerjasama dengan Umno, menjadi kuasa ketiga, atau menyertai pakatan politik dengan parti pembangkang lain seperti kami?

Kami berasa muktamar menjadi platform sesuai untuk mereka membuat keputusan mengenainya.

Bagaimanapun, kita juga tidak mahu membuang masa berharga menunggu sehingga akhir April dengan PRU yang bakal tiba. Jadi, kami memutuskan perlu menyertai PH secara rasmi dan pada masa sama terus membuka pintu kepada PAS jika mereka mahu terus berbincang dengan kami.

S: PAS akan mengadakan muktamar akhir bulan ini dan pemerhati mengatakan ia akhirnya akan membuat keputusan sama ada menjadi blok ketiga atau bersama PH. Jika ia memutuskan untuk bekerjasama dengan PH, Bersatu perlu berunding kerusi dengan PAS. Jika tidak, setakat mana Bersatu bersedia menghadapi PAS?

Mukhriz: Kami bersedia untuk sebarang kemungkinan. Kajian kami menunjukkan PH masih boleh menang dalam pertandingan tiga penjuru. Tetapi peluang kolektif bertambah baik jika pakatan politik bekerjasama dengan PAS.

Saya percaya PAS sudah pasti mahu mempertahankan Kelantan, dan mungkin mengambil alih Terengganu. Jika mereka sedar peluang lebih baik jika bekerjasama dengan kami, maka sesungguhnya mereka juga mesti menyokong calon kami di negeri lain.

Pertandingan tiga penjuru di Kelantan mungkin menyebabkan negeri jatuh ke tangan Umno. Jika PAS mahu mengelakkan itu, mereka juga perlu melakukan tindakan yang sama di negeri lain. Manakala pucuk pimpinan PAS memberi isyarat bercampur, kepimpinan negeri seolah-olah lebih praktikal dan tahu apa yang mereka mahu.

Dan mereka sangat bersedia bekerjasama dengan kami. Juga ahli akar umbi PAS tidak boleh membayangkan bekerjasama dengan Umno walaupun mereka tidak ragu-ragu berbuat demikian dengan Bersatu.

S: Dalam kerusi majoriti Melayu, bagaimana Bersatu akan menangani PAS dan Umno pada masa yang sama? Apa mesej anda kepada pengundi Melayu yang belum membuat keputusan mengenai siapa untuk memilih, antara PAS, Umno dan Bersatu? Terutama mereka yang takut DAP mengambil alih PH dan terma ditetapkan?

Mukhriz: Memisahkan undi pembangkang hanya akan memberi manfaat kepada Umno. Jadi jika PAS ingin terus bersendiri, sebaiknya serahkan sahaja kerusi kepada Umno. Kempen kami di bawah keadaan ini adalah untuk meyakinkan pengundi yang mengundi PAS adalah undi untuk Umno.

Pengundi di kawasan majoriti Melayu mula melihat melalui propaganda Umno yang kononnya DAP akan mendominasi dalam kerajaan PH.

Melihat kepada PRU13, DAP bertanding hanya 51 daripada 222 kerusi, dan hanya memenangi 38. Sudah tentu, DAP mempunyai kekuatan bilangan di kalangan pembangkang semasa kerana pembangkang hanya mempunyai 91 kerusi di Parlimen.

Tetapi kita memerlukan 112 kerusi untuk membentuk kerajaan. Jadi, dengan kemenangan lebih 112 kerusi, jumlah peratusan kerusi DAP akan dikurangkan, sekali gus menidakkan tanggapan mereka akan menguasai kerajaan PH baru.

Kita mahu pengundi Melayu untuk melihat PPBM sebagai parti Melayu yang bersedia mengambil alih tanggungjawab menjamin kepentingan mereka, pada masa sama tidak menjejaskan kepentingan orang lain. Kami mahu mereka sedar Umno tiada lagi hak mengharapkan sokongan Melayu kerana mengkhianati pengundi sehingga sanggup menjual negara demi menyelamatkan Najib.

Manakala Bersatu tidak mahu dilihat sebagai Umno 2.0, kita mahu menggantikan Umno sebagai parti Melayu dengan menjaga kepentingan seluruh negara sepanjang masa.

Politik berasaskan kaum mungkin kelihatan bertentangan dengan masa kini, tetapi selagi orang Melayu terutama di kawasan luar bandar yang menginginkan parti ala-Umno menjaga kepentingan mereka, Bersatu akan melakukannya.

Hanya selepas PH memenangi PRU14 dan membentuk kerajaan baru sahaja, kami boleh mengurangkan rasa takut semua kaum supaya dapat beralih daripada politik etnik. – 26 April, 2017.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Pembangkang perlu namakan calon perdana menteri, kata Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top