Bercakap dalam sidang media kelmarin selepas penyerahan watikah kepada Ketua Srikandi Bahagian PPBM Kedah dan Perlis, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir mengalu-alukan penubuhan secara rasmi sayap Srikandi PPBM kedua-dua negeri ini.
Dato' Seri Mukhriz menganggap sayap Srikandi merupakan sayap yang penting dalam PPBM kerana sayap tersebut merupakan antara sayap yang akan menggerakan jentera bagi membantu PPBM berhadapan dengan PRU14.
Ketika sidang media itu juga, Ketua Srikandi PPBM Malaysia Puan Rina Harun memaklumkan Kedah dan Perlis merupakan negeri ke 11 yang telah melancarkan jentera Srikandi negeri dan Kedah merupakan negeri yang paling ramai jentera Srikandi.
Tahniah buat Srikandi PPBM negeri Kedah dan Perlis.
0 comments:
Post a Comment