Dalam sidang media Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir yang menyentuh tentang isu penyelesaian masalah IPIC dan 1MDB, beliau tak melihat itu sebagai satu penyelesaian pada masalah skandal 1MDB yang menghantui Malaysia sebaliknya ianya mungkin penyelesaian bagi Abu Dhabi (IPIC) sahaja.
Pastinya penyelesaian ini baik bagi IPIC namun ianya hanya merugikan negara apabila misteri kehilangan AS$ 5 bilion yang dahulu kononnya telah dibayar kepada IPIC masih belum terjawab, kini ditambah pula jumlah penyelesaian yang perlu 1MDB dibayar kepada IPIC.
Apabila Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) bersetuju memikul tanggungjawab dalam penyelesaian, Dato' Seri Mukhir melihat ianya berkemungkinan membabitkan duit rakyat yang datangnya dari sumber GST.
0 comments:
Post a Comment