1MDB pinjam berbilion melalui bon. Minta kelulusan Bank Negara utk guna duit itu bayar IPIC. Bank Negara lulus. Hantar duit itu ke akaun yang tiada kaitan dgn IPIC*. 1MDB didenda oleh Bank Negara.
IPIC pun tuntut wang itu. Dlm perbicaraan, dipersetujui 1MDB/MOF kena bayar IPIC 31 Julai dan hujung tahun. 1MDB kata "No problem" sebab boleh jual Edra, Bandar Malaysia dan lain-lain untuk bayar IPIC.
(Ambil duit deposit dari pembeli Bandar Malaysia. Lepas itu pulangkan balik sebab ada pihak lain sanggup bayar lebih. Tapi sampai hari ini, tak jadi-jadi juga. Terpaksa cari pelabur lain pula.)
Sampai masa, 1MDB tak bayar IPIC. Minta utk dibayar dalam Ogos. IPIC kata 5 hari atau akan dikenakan lagi tuntutan-tuntutan lain.
Nampaknya MOF juga lah yg akhirnya terpaksa bayar. Duit siapa agaknya?
* Oh ya, kemana perginya berbilion yg sepatutnya dibayar kpd IPIC? Dah banyak kali tanya, tak terjawab lagi.
Siapa Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB? Siapa Menteri MOF? Siapa PM?
Siapa MO1?
Mukhriz Mahathir
2 Ogos 2017
0 comments:
Post a Comment