Latest News

Saturday 19 August 2017

'Saya bukan diktator'



SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau seorang diktator seperti gelaran yang sering dilabelkan kepadanya.

Pengerusi Bersatu itu berkata, seorang diktator tidak akan meletakkan jawatan dan akan mempertahankan kuasa sehingga mati.

"Kebiasaannya mereka akan digantikan oleh anak sendiri. Tetapi saya meletak jawatan secara sukarela.

"Saya tidak digantikan oleh anak saya tetapi oleh pemimpin parti yang cuba menggunakan parti dan kerajaan untuk menentang saya," katanya dalam catatan di blognya, hari ini.


Menurut beliau, seorang diktator juga kebiasaannya akan dihukum rakyat selepas kehilangan kuasa, namun ia tidak terjadi kepada beliau.

"Selepas saya meletakkan jawatan, walaupun pengganti saya cuba memburukkan saya, rakyat tetap menerima dan sokong saya.

"Malah, parti pembangkang yang pernah mengkritik saya sedia menerima saya dan parti yang saya tubuhkan. Mereka juga memilih saya sebagai salah seorang pemimpin mereka," katanya.

Katanya, cara paling berkesan untuk mengalahkan musuh dalam politik ialah memberi gelaran yang buruk.

"Saya telah dilabel dengan pelbagai gelaran dan mereka membuktikan sukar untuk membuang gelaran itu," katanya.

Malah, Mahathir mengakui beliau pernah 'menderita' dengan label ultra Melayu dan anti Cina yang pernah diberikan kepadanya sebelum ini.

"Ia mengambil masa lama untuk menghentikan masyarakat khususnya orang Cina daripada melihat saya sebagai ultra Melayu dan cauvinis. Apabila saya berjaya buang label itu, saya berhasil mendapat sokongan orang Cina dalam PRU1999 walaupun orang Melayu menolak saya," katanya.

artikel sinar harian 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 'Saya bukan diktator' Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top