Latest News

Wednesday 27 September 2017

Ketua Armada Kedah Bidas Kenyataan Pemuda Umno Kedah




Kenyataan balas kepada Ketua Pemuda UMNO Kedah yang mendakwa Pakatan Harapan tidak membantu dalam bencana banjir di Kedah.

Selaku Ketua Angkatan Anak Muda Bersatu (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia Negeri Kedah yang juga merupakan Timbalan Ketua Armada Malaysia, saya ingin menegaskan bahawa sebaik sahaja mendapat makluman awal daripada penduduk di peringkat PDM-PDM yang terkena banjir, bilik gerakan banjir bagi daerah/kawasan seperti Sungai Petani, Kota Setar, Padang Terap, Pendang, Kubang Pasu dan Kuala Kedah yang terlibat terus dibuka 24 jam.

Gerak kerja sejak hari Jumaat lepas 22 September 2017 terus diatur mendapatkan info kawasan-kawasan lokaliti yang terdedah dan terkesan banjir. Bantuan segera keperluan asas seperti makanan, malah bantuan logistik turut digerakan. Kampung pedalaman dimasuki tanpa perlu laporan media seperti UMNO yang seronok tunggu mangsa di pusat pemindahan beserta media dan wartawan.

Ketua Pemuda UMNO sepatutnya lebih cerdik sebelum membuat dakwaan. Jika mahu mendakwa dalam keadaan kelam kabut ini, kami juga mahu mendakwa dimana Pemuda UMNO?

Sudahlah mencari publisiti murahan. Masyarakat muak dengan sandiwara UMNO. Sekarang adalah masa bekerjasama demi rakyat. Kami beroperasi mengikut jadual siang dan malam, mencari dana biarpun bukan kerajaan, demi pihak-pihak yang tidak bernasib baik terkesan banjir. Apa salahnya UMNO berhenti mendapatkan "political mileage" keji seperti ini. Rakyat di kampung-kampung tahu menilai siapa yang datang kepada mereka siapa yang syok sendiri.

Cuba lihat komen netizen selepas dakwaan kamu ini Ketua Pemuda Umno Kedah. Malu!

Aizad Roslan,
Timbalan Ketua Armada PPBM merangkap
Ketua Armada PPBM Negeri Kedah
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Ketua Armada Kedah Bidas Kenyataan Pemuda Umno Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top