Latest News

Tuesday 10 October 2017

Ayuh Gegarkan Himpunan Rakyat ' Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi' 14 Oktober (Video)




"Kita harap himpunan ini adalah himpunan besar-besaran. Kita sedar bahawa negara ini adalah tanggungjawab kita. Kalau kita membiarkan suatu pemerintahan yang begitu tidak demokratik yang dikenali sebagai kleptokratik terus berkuasa, maka percayalah negara kita ini akan hancur.

Oleh itu, saya merayu kepada semua pihak agar keluar bersama-sama untuk mempertahankan dan menghidupkan semula negara bertuah ini yang dahulunya terkenal sebagai negara contoh yang berjaya dibangunkan selepas mencapai kemerdekaan."

Tun Dr Mahathir Mohammad 




Tak lama dah ni, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengajak orang ramai untuk turun pada Sabtu ini menunjukkan bahawa kita menolak pimpinan kleptokrasi. Bak kata TSMY kleptokrasi ni nama lain bagi "klepet"




"Anda yang bekerja di Kuala Lumpur dengan gaji RM2,000 hingga RM3,000 kini berada di tahap miskin kerana nilai ringgit yang menyusut dan harga barang naik.

Oleh itu, kita bersama-sama membuat perubahan, maka himpunan 14 Oktober mulai jam 4 petang akan membawa anda semua kepada perubahan.

Ia tanggungjawab bersama untuk membuat perubahan. Saya menyeru adik adik semua, lelaki dan perempuan tanpa mengira kaum hendaklah bersatu selamatkan Malaysia."


Mohamad Sabu
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Ayuh Gegarkan Himpunan Rakyat ' Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi' 14 Oktober (Video) Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top