Latest News

Tuesday 17 October 2017

Jangan putus asa untuk singkirkan Najib, kata Dr Mahathir



RAKYAT Malaysia harus terus berjuang untuk sebuah negara yang bebas rasuah, kata Dr Mahathir Mohamad.

Memetik Brazil dan Korea Selatan sebagai contoh, beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, rakyat kedua-dua negara itu mengadakan protes di jalanan setiap hari bagi menjatuhkan ahli politik yang korup sehingga mereka meletakkan jawatan.

"Kita tak menyuruh rakyat bertindak ganas, kita minta beri sokongan saja (untuk tentang kleptokrasi)," kata Dr Mahathir pada sesi soal jawab FB Live Bicara Wawasan 2020.

Beliau mengulas mengenai keengganan sesetengah rakyat Malaysia untuk menyatakan ketidakpuasan terhadap kerajaan secara terbuka.


"Rakyat yang percaya pemimpin-pemimpin sekarang tidak layak (memimpin) dan tidak bagus untuk negara mesti menunjukkan bagaimana mereka menyokong usaha untuk menghapuskan kerajaan," kata Dr Mahathir semasa sesi soal jawab selama 40 minit itu.

Jika tidak, kata Dr Mahathir, pembangkang tidak akan berjaya dalam usaha untuk mengambil alih kerajaan serta melaksanakan rancangannya untuk menghapuskan rasuah. – 16 Oktober, 2017.


www.themalaysianinsight.com
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Jangan putus asa untuk singkirkan Najib, kata Dr Mahathir Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top