Latest News

Sunday 1 October 2017

Johor bakal jadi kubu kuat Pakatan, kata Dr Mahathir



JOHOR, negeri kelahiran Umno, akan bertukar daripada kubu kuat parti terbesar orang Melayu jadi kubu kuat Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum akan datang, kata pengerusi pakatan itu, Dr Mahathir Mohamad.

Berucap pada majlis pelancaran Pakatan Harapan Johor di Tampoi, malam tadi, Dr Mahathir berkata dengan memenangi Johor, jalan pakatan pembangkang melangkah menuju ke Putrajaya pasti lebih cerah.

"Johor dulu kubu kuat Umno tapi sekarang kita minta supaya jadi kubu kuat PH," katanya.

Beliau meminta rakyat Johor yang sayangkan negara untuk mengambil semangat politik merdeka ketika Umno ditubuhkan untuk menyelamatkan tanah air daripada penjajahan British dengan kali ini melakukan pula perubahan menyelamatkan negara daripada kleptokrasi melalui peti undi.


Beliau turut menyeru agar rakyat Johor tidak terperdaya dengan muslihat Umno yang sering mempermainkan sentimen perkauman dengan menakut-nakutkan rakyat bahawa Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang akan mentadbir negara sekiranya pembangkang mengambil alih Malaysia.

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dalam ucapannya juga senada mengatakan Johor bakal diambil alih oleh pembangkang.

Ahli Parlimen Pagoh yang memegang kerusi selama lima penggal berturut-turut itu berkata rakyat perlu bekerjasama demi menyelamatkan negara sebagaimana wujudnya parti Umno di negeri Johor demi menyelamatkan negara daripada jajahan British.

"Saya nak cerita sikit berkenaan negeri Johor ini. Suatu ketika dulu bermulalah satu gerakan menyelamatkan negara kita daripada dijajah oleh British. Tetapi hari ini, di sini juga (Johor), jelajah untuk menyelamatkan negara kita daripada pemimpin yang dikenali dunia sebagai penyangak dan penyamun," katanya.

"Kita semua sedar dan kita semua tahu ini kubu kuat parti Umno. Dulu Umno tak boleh dikalahkan di Johor...itu dulu," katanya sambil disorak oleh para hadirin.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Gelang Patah Kit Siang, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution yang menggantikan Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub. – 30 September, 2017.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Johor bakal jadi kubu kuat Pakatan, kata Dr Mahathir Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top