Latest News

Monday 9 October 2017

Sejuta rakyat M'sia dapat RM1,000 seorang jika ...



Ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang akan memberikan RM1,000 kepada sejuta rakyat Malaysia yang memerlukan jika dakwaan beliau menerima rasuah daripada Tun Dr Mahathir Mohamad adalah benar.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menolak dakwaan penulis blog kontroversi Raja Petra Kamaruddin bahawa Mahathir merasuah Lim sebanyak RM1 bilion, antaranya bagi membenarkan bekas perdana menteri itu memimpin Pakatan Harapan.

“Jika benar Mahathir berikan rasuah RM1 juta pada saya, saya dengan ini isytihar akan berikan RM1,000 kepada sejuta rakyat Malaysia yang berpendapatan bawah RM1,000 sebulan,” katanya.

Raja Petra, yang kini menulis daripada luar negara, mendakwa sogokan juga dibuat supaya Lim berdiam diri dalam isu skandal dagangan mata wang asing oleh Bank Negara dan memberikan laluan mudah kepada anaknya Datuk Seri Mukhriz ke parlimen.

Dakwaan itu turut diperik beberapa media arus perdana.
Sumber Malaysia kini
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Sejuta rakyat M'sia dapat RM1,000 seorang jika ... Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top